Monday, September 6, 2010

Lawatan Pegawai FAMA Unit Pemasaran Ternakan dan Aquatik







Pada 08.07.10, pihak Sarjani telah menerima kunjungan lawatan dari pegawai FAMA kawasan Simpang Renggam dan pembantunya. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat kepakaran berkaitan dengan kaedah ternakan ikan air tawar yang paling komprehensif dan effektif. En. Osman selaku pegawai FAMA telah meninjau lokasi projek Sarjani di Ladang dan Kilang Baja Mas Hitam. Beberapa nasihat berkaitan dengan pemasaran terkini terhadap permintaan ikan telah dimaklumkan. En. Moha Aliff Sarjani selaku Pengarah Sarjani (M) Sdn Bhd turut memperkenalkan beberapa produk teknologi E.M seperti Bokashi Ikan dan Mudball boleh digunakan bagi mengurangkan lagi kos penyelenggaraan ternakan ikan.

Produk ini telah terbukti dapat mengurangkan kadar kematian benih ikan keli, tilapia dan puyu. Mudball berfungsi sebagai agen meneutral keasidan air kolam kesan kewujudan ikan tersebut. Benih ikan yang mula membesar kebiasaanya menyebabkan air cepat menjadi keruh dan berbau busuk. Alternatifnya, penggunaan E.M sangat diperlukan bagi menjamin keselamatan benih ikan tersebut. Bokashi Ikan produk inovasi keluaran Sarjani akan dibaling ke kolam dan dibiarkan selama 3 bulan agar dapat mengeluarkan plankton sebagai makanan tambahan ikan di kolam.

Pengunaan E.M telah terbukti menghilangkan bau hanyir ikan terutamanya ikan keli. Ikan didapati lebih sedap dan manis juga kurang lemak kesan dari keeffektifan mikrob baik didalam air kolam tersebut. Akhir kata, pihak Sarjani mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak FAMA untuk datang melawat ke projek kami. Semoga perhubungan ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

No comments: