Monday, January 10, 2011

Ternakan Ikan Puyu secara Komersial 1KG = RM10.00








Ternakan ikan didalam sangkar, kanvas, kolam tanah dan kolam simen pernah mencetuskan fonemona yang sangat hebat lewat tahun 2009-2010. Namun sehingga kini hanya tingal 10 - 15 peratus sahaja yang masih aktif. Jumlah ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan populasi dan permintaan sentiasa daripada pelanggan tetap seperti warong, restoran dan hotel. Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd telah mula menternak ikan keli, puyu dan talapia bagi memenuhi permintaan sedia ada.

Pada mulanya ternakan ikan lebih tertumpu pada jualan benih-beih ikan sahaja, namun kini telah bertambah kepada jualan ikan dewasa dan dimasa akan datang ialah ikan pekasam atau produk ikan tawar sejuk beku. Penglibatan bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan telah berjaya memperkukuhkan lagi penguasaan pasaran tempatan. Permintaan ikan talapia masih tidak dapat dipenuhi kerana kebanyakan warong dan restoran telah mula menjual ikan air kerana kebanyakan ikan laut yang ada dipasaran sudah tidak segar akibat terlalu lama disimpan.

Syarikat Sarjani kini telah mula memasarkan ikan-ikan terus ke warong, restoran atau hotel secara terus dengan harga borong. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah = 016 7119837.

1 comment:

Unknown said...

ternakan lobster air tawar http://redclawlobster.blogspot.com