Wednesday, April 13, 2011

Projek Naiktaraf Kandang Bebiri Sarjani (M) Sdn. Bhd, 2011




Projek naiktaraf kandang bebiri diladang Sarjani telah bermula pada 01.03.11 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir bulan April 2011. Tujuan penambahan tempat ternakan bebiri ini adalah untuk memberi keselesaan kepada bebiri dan meningkatkan lagi bilangan ternakan sedia ada.




Projek ternakan bebiri ini bermula pada pertengahan tahun 2009 dengan menternak secara sambilan sebanyak 10 ekor bebiri barbados termasuk seekor pejantan. Pelbagai dugaan dan kesusahan telah dialami semasa mula belajar menternak bebiri ini, antaranya ialah formulasi pemakanan bebiri, kesusaian kandang, keselamatan bebiri dan masalah kembung perut. Permasalahan kembung perut ini jika tidak diberikan perhatian boleh membawa maut.




Kini ternakan bebiri di Ladang Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah melebihi 150 ekor. Oleh itu, pihak syarikat perlu menambah lagi saiz kapasiti kandang bagi memenuhi bebiri yang telah sedia ada. Terdapat beberapa jenis bebiri yang diternak di sini termasuklah Dorper dan Damara Asli.

Syarikat ada membekal ternakan bebiri untuk tujuan akikah atau korban, peralatan ternakan, makanan ternakan dan baja organik dari tinja ternakan.

Sebarang Pertanyaan dan Tempahan sila hubungi : Cik Nurhidayah 07-4850094

No comments: