Sunday, May 22, 2011

Anugerah Belia Negara 2010 - Kategori Wira Tani










Pada tahun lepas, penyampaian anugerah belia 2010 telah berlangsung di Dewan Kulaijaya. Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat bagi kategori Wira Tani untuk peringkat negeri Johor. Walaupun tidak mendapat tempat pertama, namun masih mendapat penganugerah sijil dan trofi oleh Majlis Belia dan Jabatan Belia Negeri Johor.

Tujuan utama penglibatan Pengarah Urusan, En. Mohd Aliff Bin Sarjani adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan jenama Mas Hitam atau Sarjani ke arena belia yang khususnya didalam bidang pertanian. Pelbagai pengalaman dan tunjuk ajar dapat diambil semasa pertandingan ini dijalankan seterusnya dijadikan satu iktibar untuk lebih maju kehadapan.

Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seseorang yang bertaraf usahawan berjaya pada zaman kini kerana perlu pelbagai pendedahan dan strategi bagi mendapatkan kepercayaan dan kualiti bagi sesebuah jenama. Penglibatan Sarjani (M) Sdn. Bhd. bersama pelbagai sektor kerajaan khususnya belia adalah amat penting kerana belia bakal menjadi tunjung kepada kemajuan teknologi pertanian khususnya penggunaan teknologi hijau atau "green technology".

Akhir kata, pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Sarjani yang telah berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik semasa proses pencalonan dijalankan. Semoga kita mendapat sebuah kejayaan yang lebih baik dimasa hadapan.


Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Mohd Aliff Bin Sarjani
07-4850094

No comments: