Thursday, August 4, 2011

Lawatan Sambil Belajar dari Pelajar Jurusan Diploma Institut Pertanian Ayer Hitam

Pada 4 Ogos 2011,syarikat kami telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Institut Pertanian Ayer Hitam. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mendedahkan pelajar itu sendiri kepada situasi sebenar bidang yang diambil oleh mereka. Sebagai contoh, bidang penternakan, pertanian dan sebagainya. Lawatan ini berlangsung selama setengah hari dan banyak input yang telah diberikan kepada pelajar. 






Pelajar menerima taklimat ringkas mengenai latar belakang syarikat, produk-produk yang dihasilkan dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd.


 Lawatan pelajar ke kilang pemprosesan Baja Organik Mas Hitam keluaran Sarjani (M) Sdn. Bhd.


 Pelajar dibawa melawat ke kandang kambing milik Sarjani (M) Sdn. Bhd. Cik Nurhidayah Bt Sarjani selaku Pengurus Syarikat memberikan sedikit maklumat dan penerangan mengenai cara-cara penjagaan dan kaedah pengurusan yang dijalankan di syarikat kami.

 Pelajar dibawa melihat teknik penangkapan ikan yang biasa digunakan bagi memenuhi permintaan dari pelanggan.





 Sesi penyerahan cenderahati daripada pihak syarikat kepada pensyarah-pensyarah Institut Pertanian Ayer Hitam yang terlibat dengan lawatan sambil belajar ini. Cenderahati telah disampaikan oleh Pemilik Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. Tuan Haji Sarjani Bin Hj. Hassan.

Jika ada pihak yang berminat untuk mengadakan lawatan ke syarikat kami, bayaran yang dikenakan adalah  RM10 hingga RM20 bagi setiap peserta bergantung kepada jenis catering yang diminta :

            Yuran : RM 10.00
            Jenis Penyediaan: Sarapan Pagi/ Minum Petang dan Cenderahati (produk syarikat)
            Menu : - Kuih 2 ketul/ roti jala
                        - Mihun goreng/ Mi goreng/ Nasi goreng/ Nasi Lemak
                        - Air minuman
 ATAU

            Yuran : RM20.00
            Jenis penyediaan: Makan Tengahari dan Cenderahati (produk syarikat)
            Menu : - Nasi Beriyani/ Nasi Berlauk
                        - Buah-buahan
                        - Air minuman

Sebarang pertanyaan, soalan dan tempahan, anda boleh email atau hubungi kami di talian tertera seperti dibawah;

No Tel Pejabat : 07- 4850094
fax : 07-4850095
Email = sarjanimalaysia@gmail.com
Cik Nurhidayah (Pengurus) = 016 7119837






















           







No comments: