Friday, August 19, 2011

Program Lawatan Kerja Bersama Exco di Kilang Baja Sarjani (M) Sdn. Bhd.

Pada 28 Julai 2011 baru-baru ini, syarikat kami telah menerima satu lawatan kerja daripada Yang Berhormat Datuk Abdul Aziz bin Kaprawi, Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani Negeri Johor diiringi oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Lawatan kerja ini telah dianjurkan oleh UPEN (Unit Perancang Ekonomi) Negeri Johor dan ia juga merupakan lawatan susulan daripada Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato' Abdul Ghani Bin Othman. Beliau dengan jayanya telah merasmikan Kilang Baja Organik Mas Hitam pada 18 Mac 2010 sempena lawatan kerja beliau bersama rombongannya.. 




Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan projek industri asas tani yang diusahakan oleh 2 orang Usahawan Siswazah Pertanian, En. Mohd Aliff Bin Sarjani dan Cik Nurhidayah Binti Sarjani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat secara dekat teknik pemprosesan baja organik Mas Hitam, juga melihat bagaimana tinja ternakan dan sisa tanaman diproses menggunakan teknologi E.M bagi mentransformasikan sisa buangan ini menjadi produk mesra alam tanpa kimia.
Oleh yang demikian, tiada lagi masalah lambakan sisa ternakan dan pertanian yang biasa dihadapi oleh penternak dan petani apabila projek ini berjalan dengan jayanya. 











 YB Datuk Abdul Aziz Bin Kaprawi dan rombongan dibawa melawat teknik pemprosesan baja dalam bentuk pelet.





 Gambar ketika rombongan dibawa melawat ke bilik pembungkusan.


 Tetamu dijamu dengan sedikit jamuan sebelum majlis bersurai.

Secara kesimpulannya, melalui program ini, ia dapat mewujudkan sebuah hubungnan yang baik antara kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, dan juga pengusaha asas tani. Pihak syarikat berasa sangat berbesar hati dengan kesediaan pihak YB dan rombongan untuk melawat projek kami dan berharap ia dapat dilakukan lagi di masa akan datang.

No comments: