Wednesday, October 19, 2011

Projek Membaja Kebun Kelapa Sawit En. Syamsul di Sg. Balang, Muar.


























Pada 19.10.2011 yang lepas, unit membaja dari Sarjani Enterprise telah memulakan projek membaja di salah sebuah kebun milik pelanggan Sarjani kawasan Sg. Balang, Muar. Projek ini telah bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Sebanyak 40 beg Baja Organik Mas Hitam telah digunakan untuk membaja kebun pelanggan kami.


Baja Mas Hitam telah mula digunakan beliau sekitar tahun 2009 sehingga kini. Kebiasaanya pembajaan dilakukan oleh pekerja asing beliau, namun pada musim ini beliau memerlukan khidmat kami untuk membaja kebun beliau. Alhamdulillah, pokok sawit beliau kelihatan sihat dan mampu menghasilkan buah dengan berat dan hasil yang konsisten.

Pokok sawit ini dianggarkan berusia sekitar 7 hingga 8 tahun. Tanah disana selalunya dalam keadaan berair dan tanah gambut ini juga agak berasid pada asalnya. Setelah menggunakan baja ini, didapati daun pokok telah hijau dan berkilat, jelas menunjukkan pokok ini telah sihat dan boleh mengeluarkan hasil yang optimum.

Sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan dengan perkhidmatan membaja boleh hubungi

Pengurus,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd.
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095



No comments: