Wednesday, December 14, 2011

Projek Membaja Kebun Kelapa Sawit di Ayer Baloi, Pontian - En. Hassan (Bekas Cikgu Hassan)

















Pada 12.12.2011 projek membaja telah diteruskan lagi oleh kumpulan membaja syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. yang fokus kepada kawasan sekitar Johor tengah iaitu di Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Segamat. Pelanggan bertuah kami bernama En. Hassan merupakan bekas gurus besar yang menyukai aktiviti  berkebun sebagai hobi semasa lapang.

Sekitar 5.5 tan baja telah digunakan pada projek membaja kali ini, walaubagaimanapun teknik pembajaan kali ini agak berbeza dengan pembajaan yang biasa kami lakukan. Teknik pembajaan kali ini ialah dengan meletakkan seguni baja diantara empat pokok, teknik pembajaan ini dilakukan adalah disebabkan keadaan tanah yang sentiasa lembap jenis tanah gambut sampah. Teknik baja secara perlahan diambil oleh akar pokok juga sangat terkenal di negara maju yang dinamakan pembajaan "slow-releases".

Baja organik jenama Mas Hitam telah digunakan untuk membaik pulih pokok kelapa sawit yang mengalami masalah kekurangan berat buah kerana nutrient tanah semakin habis dan penggunaan baja kimia berterusan. Diharap penggunaan baja keluaran kami mampu menaikkan hasil pengeluaran seperti mana projek kebun sawit pelanggan kami terdahulu.

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan:

Cik Nurhidayah,

Pejabat Sarjani (M) Sdn. Bhd.,

PW 28 : NO 20, Parit Warijo,

Sri Medan, 83400 Batu Pahat,

Johor

No Tel : 07-4850094

No Fax : 07-4850095

Published with Blogger-droid v2.0.2

1 comment:

Anonymous said...

berapa harga satu guni baja?