Saturday, June 1, 2013

Membekal Baja Organik Mas Hitam ke Majlis Bandaraya Johor Bahru di Taman Merdeka.
















































Penggunaan baja organik di kebanyakan taman-taman di kawasan semenanjung Malaysia khsusus di negeri selatan telah terbukti mampu meningkatkan kualiti tanaman landskap. Walaupun pada awalnya kesan dilihat lebih lambat berbanding penggunaan baja konvensional, namun jika dibandingkan dari segi kesan untuk jangka masa panjang pula, pokok lebih subur dan daun lebih lebar serta berkilat. Sebagai contoh; pokok hati-hati kebiasaannya mampu hidup 6-8 bulan jika menggunakan baja kimia, tetapi mampu hidup lebih lama jika menggunakan baja organik. Kesan ini telah diakui oleh jurutera landskap di pihak berkuasa tempatan negeri Johor. Pengunaan baja di kawasan terbuka memerlukan banyak air lebih-lebih lagi jika menggunakan baja konvensional. Namun ia dapat di kawal jika menggunakan baja organik akibat tindak balas mikrob baik didalam tanah. Tanah akan hidup atau subur walaupun telah lama digunakan untuk projek tanaman berulangkali pokok ditanam ditempat yang sama. Penggunaan semburan IF3 atau racun organik menggunakan mikrob berfaedah turut membantu mengawal permasalahan serangan serangga atau kulat jahat; contohnya bena putih, serangga ulat beluncas, dan lain-lain.

Untuk maklumat dan tempahan sila hubungi kami;

Cik Nurhidayah Binti Sarjani,
Pejabat Sarjani (M) Sdn. Bhd.,
PW 28 : NO 20, Parit Warijo,
Sri Medan, 83400 Batu Pahat,
Johor.

No Tel : 07-4850094
No Fax : -7-4850095
email: sarjanimalaysia@gmail.com (sebutharga@quatation)

1 comment:

Unknown said...

Selamat sejahtera,

Saya Hafiz daripada Sudu Emas Management & Services Sdn. Bhd. Kami ingin menerbitkan majalah yang diberi nama Halal Pavilion. Justeru, kami ingin menggunakan beberapa keping gambar daripada blog tuan. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar tuan dapat memberikan alamat email serta alamat surat menyurat tuan kepada kami agar kami dapat memberikan surat permohonan untuk menggunakan gambar dalam blog tuan. Sebarang syarat atau peraturan dalam penggunaan gambar tersebut diharap dapat dinyatakan dalam maklum balas tuan. Jika pihak tuan tidak memberi maklum balas terhadap komen ini dalam tempoh 14 hari, kami akan menganggap ia sebagai ‘tacit approval’ atau kelulusan tersirat bagi kami untuk terus menggunakan gambar daripada blog tuan tanpa sebarang halangan. Sekian terima kasih. Hafiz Tel: 06-9520479 Fax: 06-9531878 email: halalpavilion.editorial@gmail.com