Thursday, July 11, 2013

Lawatan Projek Keusahawanan Pelajar Siswazah UiTM Dungun Terengganu ke Projek Sarjani (M) Sdn. Bhd.







Alhamdulillah.. pada bulan yang mulia ini kami dari pihak syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. serta anak syarikatnya Sarjani Enterprise dan Sarjani Agro Shop mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kakitangan syarikat, para pelanggan yang budiman serta pembaca laman portal kami. Semoga bulan yang mulia ini membawa lebih rahmat dan rezeki kepada kita semua.

Kali ini lawatan dari pihak pelajar siswazah UiTM Dungun telah melawat ke projek kami untuk mereka mendapatkan serba sedikit maklumat berkenaan dengan perniagaan yang kami jalankan. Lawatan yang diketuai oleh En. Akmal dari Bidang Kulinari Semester 5 di UiTM Dungun serta ditemani oleh 3 rakannya akan menjalankan sesi temubual dan lawatan ke projek. Setiap pelajar terlebih dahulu menghantar surat rasmi yang mempunyai "headletter" dari pihak universiti sahaja akan diutamakan oleh pihak syarikat. Manakala setiap pelawat akan dikenakan bayaran yang berpatutan untuk yuran masuk ke projek menggunakan kenderaan syarikat, kebiasaanya makan dan minum akan disediakan (kecuali bulan puasa) mengikut keadaan masa, dan beberapa barangan produk seperti baja organik atau produk bio pestisid akan diberikan.

Sebarang pertanyaan serta tempahan boleh berhubung terus dengan :

Cik Nurhidayah Sarjani (Pengurus) - 016-7119837
atau Cik Nurul Hidayah Jamali (Pengurusan)

Pejabat Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd.
PW 28 : NO 20, Parit Warijo,
Sri Medan, 83400 Batu Pahat,
Johor

No Tel : 07-4850094
No Fax : 07-4850095

Email: sarjanimalaysia@gmail.com

No comments: