Sunday, September 7, 2014

Berita & Peristiwa 2014 : BMO Beneficial Mikroorganisma Mikrob Baik Untuk Tanaman, Ternakan, Pertanian dan Perikanan.


video

 1 Botol BMO = RM25

1 Botol BMO + Molases = RM35

APA ITU BMO ( BENEFICIAL MICROORGANISM)

BMO adalah campuran mikroorganisma berfaedah terdiri daripada bakteria fotosintetik, bakteria laktik asid, yis, aktinomaiset dan fungi penapaian. BMO digunakan sebagai inokulan utuk menambah kepelbagaian mikrob dalam tanah. Ini akan memperbaiki kualiti tanah dan suasana sihat yang akan menggalak pertumbuhan hasil dan kualiti tanaman. Mikrob ini boleh hidup bersama dan serasi fisiologi antara satu sama lain. Apabila BMO ini di gunakan dipersekitaran semulajadi, kesan baik individu dalam campuran ini di tambah nilai dalam bentuk saling membantu. BMO berfungsi sebagai kaedah kawalan biologi dalam menekan kehidupan mikrob jahat dengan aktiviti daya saing dan berlawan.

1. BAKTERIA FOTOSINTETIK (BF)

Sejenis mikrob yang boleh berdiri sendiri. Mikrob ini boleh menghasilkan bahan berfaedah dari lelehan akar, bahan organan dan gas berbahaya seperti hidrogen sulfida dan ammonia dengan menggunakan cahaya matahari dan haba dalam tanah sebagai sumber tenaga. Bahan berfaedah yang dihasilkan terdiri dari asid amino, asid nukleik, bahan bioaktif dan gula yang mana semuanya menggalakkan pertumbunan tanaman.

Metabolik ini diserap terus oleh tanaman dan bertindak sebagai substrat bagi menambah bilangan bakteria lain. Contonya vesicular arbuscular (VA) mycorrhiza membiak kerana kewujudan asid amino yang dihasilkan oleh BF. VA mycorrhiza menolong kelarutan fosfat dalam tanah lantas membekalkan fosfat kepada tanaman. VA mycorrhiza wujud bersama Azotobactor boleh mengikat nitrogen dari udara untuk pertumbuhan pokok.

2. BAKTERIA ASID LAKTIK (BLA)

Bakteria ini menghasilkan asik laktik daripada gula yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik dan yis. Asid laktik adalah sterilizer yang kuat. Ia menekan mikrob jahat dan mempercepatkan pereputan bahan organan seperti lignin dan selulos dan menapai bahan-bahan tersebut. BLA berupaya menahan pembiakan fusarium yang mengancam penanaman akan datang. Pembiakan fusarium menggalakkan pembiakan nematod jahat. Dengan kehadiran BLA boleh mengurangkan populasi fusarium sekaligus mengurangkan bilangan nematod jahat.

3. YIS

Yis menghasilkan bahan antimikrob jahat dan bahan berguna untuk pertumbuhan pokok dari asid amino dan gula yang dihasilkan oleh BF, dari bahan organan dan akar tanaman. Bahan bioaktif seperti hormon dan enzim yang dihasilkan oleh yis menggalakkan pembahagian sel dan akar. Lelehan yang dihasilkan oleh yis adalah sumber nutrien bagi BLA dan aktinomaisit.

4. AKTINOMAISIT (A)

Aktinomaisit adalah struktur pertengahan antara bakteria dan fungi. Ia menghasilkan antimikrob yang menekan bakteria dan fungi jahat. Aktinomaisit boleh hidup bersama dengan BF dan ini akan mewujudkan suasana sihat dalam tanah.

5. FUNGI PENAPAIAN (FP)

FP seperti aspergillus dan penicillium yang bertindak mereputkan bahan organan dengan cepat menghasilkan alkohol, ester dan bahan antimikrob jahat. Ia akan menghilangkan bau busuk dan mencegah serangan serangga dan ulat.

Setiap spesies BMO mempunyai peranan masing-masing. Walau bagaimanapun BF adalah penghulu bagi mikrob lain. Pencairan BMO akan mengurangkan kesan keseluruhan BMO.

PERTANIAN UNGGUL
  1. Menghasilkan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.
  2. Memberi faedah ekonomi dan sosial kepada pengeluar dan pengguna.
  3. Mudah dipraktik dan penggunaan berterusan oleh semua pihak.
  4. Menghasilkan produk berkualiti dan cukup untuk penduduk dunia yang semakin bertambah.

 

BAGAIMANA NAK CAPAI MATLAMAT PERTANIAN UNGGUL?

Pertanian Organik + BMO -----> PERTANIAN UNGGUL

BAGAIMANA BMO menyumbang kepada Pertanian Unggul.

 
Pertanian (fotosintesis)
cahaya

6CO2 + 6H2O -------------> C6H12O6 + 302

 
  • Dalam keadaan biasa purata cahaya matahari dapat diserap 3%.
  •  
  • Dengan bantuan bakteria fotosintetik cahaya bergelombang 700-1200 nm, sebanyak 3% lagi cahaya dapat dimanfaatkan oleh tanaman.
  • Mikroorganisma berfaedah yang menguraikan bahan-bahan organan dan menghasilkan bahan pemakanan untuk tumbuhan seperti asid amino yang menyihatkan lagi tanaman tersebut.
  • Dengan pertambahan penggunaan tenaga solar dan kecekapan penguraian bahan organan dapat meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
  • BMO memperbaiki keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • BMO menekan pembiakan mikroorganisma baik dalam tanah lantas mewujudkan persekitaran yang sihat untuk tanaman dan ternakan.
  • BMO menambah ketahanan tumbuhan dan ternakan dari serangan penyakit.
  • BMO menggalakkan pertunasan, pembesaran, pembungaan, keranuman dan penghasilan tanaman.
  • BMO berkeupayaan menukarkan gas beracun seperti ammonia dan hidrogen sulfida kepada gas tersedia di udara.
  • BMO boleh merawat sisa buangan menjadi baja organik dan menghilangkan bau busuk.

ADAKAH BMO SELAMAT?

  • YA, BMO SELAMAT
  • DI SAHKAN OLEH MAKMAL VETERINAR KAWASAN PETALING JAYA
  •  
  •  
  • Maklumat diatas diambil dari : http://pertanianunggul.blogspot.com/

Produk B.M.O merupakan produk mikrob baik keluaran Koperasi Institut Pertanian Ayer Hitam Johor. Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah stokis agen yang dilantik untuk menjual produk mikrob buatan tempatan ini. Sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi:
 
Sebarang pertanyaan dan tempahan: 

Pejabat Sarjani (M) Sdn. Bhd.
PW28 : NO20, Parit Warijo,
Sri Medan, 83400 Batu Pahat, 
Johor Darul Takzim.

No Tel : 07-4850094
No Fax : 07-4850095
email : sarjanimalaysia@gmail.com
Website : www.sarjani-malaysia.com.my

U/P 1 : Nurhidayah Binti Sarjani
Whatsapps : 016-7119837

U/P 2 : Nurul Hidayah Binti Jamali
Whatsapps : 017-7811731

U/P 3 : Mohd Aliff Bin Sarjani
Whatsapps : 016-7116837

No comments: