Sunday, March 26, 2017

Perkhidmatan 2017 : Temuramah dan Lawatan ke Projek Sarjani Group.




Alhamdulillah. Syarikat Sarjani turut memberikan perkhidmatan bagi pelajar atau siswazah yang ingin mencari maklumat berkenaan dengan keusahawanan atau berkaitan dengan bidang pertanian. Namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum kami bersetuju untuk menerima kunjungan. Terdapat bayaran untuk setiap tamu yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami termasuk lawatan ke projek kilang sarjani dan ladang ternakan. 

Syarikat Sarjani telah menceburi bidang ini sejak tahun 2007 sehingga berjaya memperolehi pelbagai pengiktirafan dan anugerah. lebih dari 17 buah anugerah telah diperolehi antaranya ialah Anugerah Usahawan Siswazah Tani Jaya 2012, Usahawan Peladang, Usahawan Tekun, Usahawan Belia Tani, Anugerah Ilham Desa dan yang terkini adalah Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya 2016 oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Projek pertanian bukanlah suatu bidang yang mudah, namun dengan segala pengalaman yang ada dibantu pula dengan pelbagai kemudahan teknologi bagi membantu para petani memasarkan produk dengan lebih efektif.

Kami juga turut diundang menjadi Penceramah Jemputan bagi pihak Universiti, Kolej dan Pertubuhan Peladang untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu bagi membantu para pelajar khususnya sebagai persiapan dimasa hadapan.


 ANUGERAH USAHAWAN SISWAZAH TANI JAYA 2012


 ANUGERAH ILHAM DESA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013


ANUGERAH INOVASI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI JAYA 2016

Pertanyaan serta tempahan (Sebutharga @ Quatation) :


Pejabat Sarjani (M) Sdn. Bhd.
PW28 : NO20, Parit Warijo,
Sri Medan, 83400 Batu Pahat, 
Johor Darul Takzim.


No Tel : 07-4850094
No Fax : 07-4850095
email : sarjanimalaysia@gmail.com
Website : www.sarjani-malaysia.com.my



U/P 1 : Nurhidayah Binti Sarjani
Call dan Whatsapps : 016-7119837

U/P 2 : Mohd Aliff Bin Sarjani

Call dan Whatsapps : 016-7116837
 

U/P 3 : Mohd Fadhil Noor Bin Sarjani
Call dan Whatsapps : 019-7157837
 

No comments: