Saturday, June 3, 2023

Bangkitnya Sebuah Industri Baja Organik dan Tanah Organik Dari Musibah Banjir Besar di Batu Pahat

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelayar media laman sesawang kami, semoga kalian semua sihat dan terus berjuang memartabatkan industri asas tani pada tahun 2023 yang penuh dengan cabaran.

Pada tahun ini musibah banjir telah berlaku sebanyak 2 kali dan telah mengakibatkan kemusnahan teruk membabitkan bahan mentah, kilang, kedai, jentera, mesin, plastik pembungkusan, peralatan kilang, peralatan pejabat, produk yang siap dan lain-lain lagi..

Alhamdulillah, pelbagai pihak telah membantu kami terutama media massa Buletin Utama TV3 dan Astro Awani - Segmen Jiwa SME untuk mempromosikan semula produk kami kepada seluruh rakyat Malaysia. Produk kami juga boleh didapati di Outlet Zon Jimat Seluruh Malaysia dan Outlet ECO RM2.40 Seluruh Malaysia. Selain itu produk turut dijual di Stokis-stokis dan agen-agen terpilih seluruh Malaysia. 












Pihak kami sangat berbesar hati kepada para media massa yang turut sama mengharungi air bah yang dalam untuk melihat sendiri keadaan semasa kilang kami waktu tersebut. Walaupun musibah kali ini berlaku lebih dari sekali, namun kami redha dengan ketetapanNya.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada stokis-stokis dan agen-agen yang tidak putus memberikan sokongan dan dorongan agar kami tabah mengharungi dugaan, juga pelanggan-pelanggan yang sanggup menunggu sehingga keadaan pulih untuk produk-produk kami berada semula dipasaran.  

Inshaallah, kami sedang berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua dari pemborong, pengedar, peruncit, pekebun kecil dan pengguna "houshold".

Terima kasih juga buat Pn. Nurhidayah Binti Sarjani (Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd.), En. Zalizal Bin Kamaruddin (Logistik Sarjani Group), En. Suzri Bin Juri (Penyelia Sarjani (M) Sdn. Bhd.) serta staff kami yang telah bertungkus lumus membantu menyelamatkan pelbagai harta benda syarikat.



Diakhir kata, keadaan ekonomi yang masih perlahan pada tahun 2023 ini setelah berlakunya pandermik Covid-19 yang lalu telah membuka mata kita bahawa krisis bekalan makanan adalah perkara yang serius. Kebergantungan produk baja import samada sebatian atau organik telah mengakibatkan harga produk baja meningkat berlipat-kali ganda apabila berlaku peperangan seperti peperangan Rusia-Ukrain baru-baru ini. 

Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak kita boleh memilih produk-produk buatan Malaysia yang lebih kos efektif kepada semua projek-projek pertanian, perladangan dan tanaman landskap. Pekebun kecil dan pengguna "household" juga boleh memilih alternatif produk buatan tempatan untuk kos dan selamat digunakan bagi tanaman kontan seperti sayur-sayuran, pokok herba, pokok buah-buahan dan lain-lain. 

Produk keluaran Sarjani (M) Sdn. Bdh. telah dianalisa oleh makmal-makmal yang diektreditesi seperti makmal MARDI, SIRIM, Jabatan Pertanian Malaysia, CEPP UTM, Union Lab dan J-Biotech Lab. Produk juga telah menerima pelbagai pengiktirafan dan pencapaian seperti Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya (MAHA) 2016 dan lebih 20 buah anugerah yang lain.