Tuesday, December 22, 2009

Lawatan dari Felcra Seberang Perak seramai 27 peserta ke Ladang Sarjani Enterprise









Pada 19.12.2009, bersamaan dengan hari sabtu, lawatan sambil belajar oleh Felcra Seberang Perak diketuai oleh En. Khairul Azhar (Pengurus Felcra Seberang Perak Training Centre) ke Ladang Sarjani Enterprise yang terletak di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Seramai 28 bakal staf Felcra telah meninjau kawasan projek kami untuk mendapat pendedahan lebih terperinci berkenaan dengan projek secara intergrasi. Di sini terdapat pelbagai projek yang terdiri dari Asas Tani, Pertanian, Penternakan, dan Penternakan Ikan Darat. Setiap peserta dikenakan bayaran masuk dengan kadar yang berpatutan untuk sarapan dan cenderamata dari produk Sarjani Enterprise. Ladang yang terletak di dalam ladang sawit terletak berhampiran dengan sungai besar menjadikan ianya sangat stategik.

Peserta telah melihat ternakan lembu. kambing fidlot, ternakan arnab pedaging, ayam kampung, dan ikan darat (keli & puyu). Pengurus akan memberikan taklimat ringkas mengenai penggunaan E.M (Effektif Mikroorganisma) secara effektif bagi meningkatkan hasil penternakan untuk mencegah penyakit dan menyihatkan ternakan tersebut.

Kemudian peserta akan berehat di bilik seminar sambil menikmati juadah pagi sambil mendengar taklimat dari Pengarah Syarikat berkaitan dengan sejarah dan produk-produk jualan. Terdapat pelbagai produk hasil dari teknologi E.M seperti Emas, E.M-5, Bokashi Ikan, Bokashi Sampah, Mudball, dan Baja MAS Hitam.

Seterusnya, peserta melawat kilang baja organik Sarjani Enterprise yang telah beroperasi lebih 3 tahun. Kilang yang menggunakan teknologi E.M sepenuhya tanpa menggunakan bahan kimia. Campuran tinja lembu,kambing,ayam dan puyuh serta dedak padi dan serkam bakar.

Pihak Sarjani Enterprise berbesar hati menerima kunjungan dari Felcra Seberang Perak dan ucapan terima kasih kerana dapat bersama-sama bertukar pendapat dan fikiran bagi memajukan lagi industri asas tani ini dimasa hadapan.

Perancangan di tahun 2010 ialah menganjurkan pelbagai jenis kursus asas tani, pertanian, penternakan dan kursus baja organik. Bayaran setiap kursus adalah sangat berpatutan bermula dari RM200, bergantung pada tempoh kursus dan tajuk kursus. Agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berminat boleh menghubungi Cik Nurhidayah Sarjani = 016-7119837 untuk sebarang pertanyaan.

No comments: