Wednesday, January 6, 2010

SARJANI AGRO SHOP - Pusat Jualan dan Pusat Pentadbiran 2010 (Era Baru)
























Pada 01.01.10 Sarjani Agro Shop telah dinaiktaraf bagi tujuan keselesaan staf dan pengguna. Bilik pengurus besar yang lengkap dengan karpet dan meja tetamu turut disediakan bagi memudahkan sebarang perbincangan dengan lebih selesa dan privacy. Produk - produk asas tani seperti makanan ternakan lembu,kambing,ikan dan lain-lain turut dipelbagai disamping menambahbaik kualiti pembungkusan baja dan produk E.M.

Baja Organik Mas Hitam telah dinaiktaraf pembungkusannya dengan menggunakan guni yang lebih tebal dan menarik agar pengguna selesa ketika mengangkut ke destinasi pembajaan tanpa risau terkena habuk atau hujan. Produk E.M boleh digunakan didalam rumah untuk menghilangkan bau hapak atau bau kurang selesa di dapur, tandas atau longkang.

Produk seperti Mudball digunakan untuk kolam "subtank najis" agar air yang dipam keluar tidak berbau dan mengurangkan keladak di kolam tersebut. Produk-produk ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci di kolum produk di blog ini. Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah Binti Sarjani = 0167116837 / No Tel & Fax = 07-4850094

Agen atau stokis yang berminat boleh datang terus ke Pusat Jualan dan Pejabat Urusan di Sarjani Agro Shop beralamat PW29, NO20, Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.


No comments: