Monday, January 4, 2010

Usahawan Muda Jaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia - Kategori Poster Terbaik




Pada tahun 2008, Sarjani Enterprise telah mendapat tempat dalam pertandingan poster yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Acara berprestij ini telah dianjurkan disebuah hotel ternama di Melaka. Majlis yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani 2008 Datuk Seri Mustapa bin Mohamed. Majlis yang dihadiri oleh tokoh-tokoh usahawan pertanian dan penternak jaya selain dif-dif kehormat turut sama meluangkan masa untuk berkenalan dengan para usahawan asas tani. Usahawan yang telah dibantu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar setiap daerah akan diketengahkan dengan pelbagai bantuan dan khidmat nasihat agar berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa. Sarjani Enterprise merupakan salah sebuah syarikat yang masih baharu dan telah mendapat pujian dari Datuk Seri Mustapa bin Mohamed. Insyaallah dengan sokongan dari agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pertanian boleh meningkatkan lagi kualiti industri pertanian dan asas tani dimasa hadapan.

No comments: