Monday, March 15, 2010

BAJA ORGANIK MAS HITAM 25 KG (JENIS SERBUK) - RM25.00/GUNI







Baja Organik Mas Hitam E.M sangat sesuai digunakan bagi tanaman kontan sehinggalah ke tanaman bermusim seperti buah - buahan, sayur - sayuran dan pokok bunga. Menggunakan bahan tanpa kimia dan tidak berbau busuk ramai pengguna baja ini telah memberikan pelbagai reaksi yang positif.
Walaupun kemampuan sesetengah baja organik telah dipertikaikan, namun bagi mengguna yang pencinta alam, baja ini masih menjadi buruan kerana hasilnya yang konsisten. Baja kimia atau jenis butiran tidak boleh dipertikaikan kebaikannya kerana cepat bertindak balas terhadap tanaman, namun kesan baja tersebut kepada tanah sangat membimbangkan.
Tanah boleh menjadi kering dan tandus, ketiadaan humus atau nutrien semula jadi, tiada mikro organisma baik, tiada cacing dan tanah menjadi padat. Oleh itu, penggunaan baja organik adalah digalakkan bagi memulihkan tanah dan keadaan pokok, tidak kira lah pokok sawit, getah, buah - buahan atau sayuran.
Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut sila hubungi Nurhidayah binti Sarjani (Pentadbiran) = 016-7119837. Syarikat Sarjani Enterprise sedia membekalkan baja dengan harga yang berpatutan bergantung kepada kuantiti.

No comments: