Saturday, March 20, 2010

Perasmian Kilang Baja Organik Mas Hitam Sarjani Enterprise oleh Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor










Align Center

Pada 18 Mac 2010 bersamaan dengan 2 Rabiulakhir 1413H. Lawatan Kerja Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman ke Kilang Baja Organik Mas Hitam Sarjani Enterprise di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Lawatan Kerja ini turut melibatkan pelbagai agensi jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, J-Biotech, dan agensi-agensi yang berkaitan. Ahli JPMM Dun Sri Medan dan JKKK Kampung Parit Warijo yang diketuai oleh En. Sukadi turut sama menjayakan lagi majlis yang amat bersejarah ini. Lawatan ini bermula tepat jam 11.00 pagi dan berakhir pada 11.45 pagi. Beliau disambut oleh Pengarah Syarikat Sarjani Tuan Haji Sarjani Bin Hassan (pesara Kerajaan Negeri Johor di Pejabat SUK Cawangan Perumahan), Pengurus Besar Syarikat Sarjani Enterprise Mohd Aliff Bin Sarjani (Usahawan Siswazah Pertanian dan Asas Tani Jaya Johor 2009), penasihat Syarikat Sarjani Pn. Hajah Rahimat Binti Ahmad dan Pegawai Pentadbiran Sarjani Enterprise Nurhidayah Binti Sarjani (Siswazah UPM). Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman begitu berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kelebihan teknologi Effektif Mikroorganism (E.M) yang digunakan oleh Baja Organik Mas Hitam keluaran Syarikat Sarjani Enterprise.

Beliau telah melihat bagaimana tinja ternakan dan sisa dari tanaman di proses menggunakan teknologi E.M bagi menukar sisa buangan ini menjadi sebuah produk mesra alam tanpa kimia iaitu Baja Organik Mas Hitam. Jika dahulu tinja ternakan lembu, kambing dan ayam dibuang di sungai - sungai menyebabkan pelbagai permasalah, namun sekarang ianya tidak lagi dibuang tetapi dijadikan baja organik E.M. Sisa daripada padi digunakan kerana kaya dengan fosfat, magnesium, boron, karbon dan mineral. Kandungan ini adalah dalam bentuk organik dan ianya sama seperti yang terdapat dalam kebanyakan baja kimia atau sebatian.


Selain itu produk-produk organik E.M keluaran Syarikat Sarjani Enterprise seperti bokashi sampah (untuk menghilangkan bau dan lalat - telah digunakan oleh Zoo Johor), bokashi ikan (agen menukar sisa organik menjadi plankton - makanan anak ikan) dan e-Mas (E.M1, Active Culture, BMO yang telah diproses dan sedia digunakan). Beliau berpendapat bahawa produk-produk ini amat wajar digunakan untuk mengatasi beberapa permasalah seperti lalat, bau dan air sungai yang tercemar. Teknologi E.M telah digunakan oleh kebanyakan negara maju seperti Jepun, Amerika, Taiwan dan German bagi mengatasi pelbagai masalah mengenai lalat, bau dan pencemaran sungai. Pelbagai perkara sempat dibincangkan bersama Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman bersama Pengurus Besar Syarikat Sarjani Enterprise Mohd Aliff Bin Sarjani sepanjang tempoh tersebut.



Kesimpulannya, lawatan kerja ini telah berjalan dengan lancar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Syarikat Sarjani Enterprise yang diwakili oleh Pengurus Besar Mohd Aliff Bin Sarjani mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terhadap kesudian pihak Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor dan rombongannya untuk melawat dan merasmikan Kilang Baja Organik Mas Hitam Sarjani Enterprise di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Syarikat turut mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kerjasama yang telah diberikan kepada agensi-agensi jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Alam Sekitar, J-Biotech, JPMM Dun Sri Medan, JKKK Kampung Parit Warijo dan pekerja Sarjani Enterprise dan Sarjani Agro Shop. Semoga projek ini menjadi sebuah sebuah industri asas tani yang berjaya dan menjadi contoh di negeri Johor di masa akan datang.

No comments: