Wednesday, May 12, 2010

Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pameran IKS Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Pada 22.02.2010 yang lepas, program "Pemimpin Bersama Rakyat" anjuran Parlimen Parit Sulong, JPMM Dun Sri Medan dan JKKK Kg. Parit Warijo telah berlangsung di perkaranngan Balai Raya Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan diantara pemimpin dan masyarakat kampung. Program ini juga turut mempersembahkan tarian tradisional, program kesihatan, J-Robik dan pameran IKS Kampung Parit Warijo. Program berlangsung selama sehari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi JPMM Dun Sri Medan, Tok Mustafa dan majlis penutupan oleh Dato' Noraini dari Parlimen Parit Sulong.
Terdapat lebih dari 8 pengusaha IKS yang turut mengambil bahagian dalam pameran IKS tersebut. Syarikat Sarjani Enterprise telah dijemput untuk mempamerkan produk-produk mesra alam menggunakan teknologi efektif mikrob yang telah mengharumkan kawasan Parit Warijo, Sri Medan dipersada IKS peringkat negeri Johor dan Malaysia. Produk seperti Baja Organik Mas Hitam dan lain-lain produk organik seperti e-MAS (digunakan untuk pertanian, penternakan, perladangan dan perikanan), terdapat beberapa produk untuk rawatan pencemaran air sungai, kolam, parit atau longkang turut dipamerkan, pameran arnab peliharaan baka pet turut dipamerkan.
Pengerusi JPMM Dun Sri Medan telah memberikan pelbagai dorongan dan sokongan agar pengusaha IKS aktif dalam mempromosikan pelbagai produk dengan mengikuti kursus-kursus anjuran Parlimen Parit Sulong bimbingan Dato' Noraini sendiri. Alhamdulillah, Syarikat Sarjani Enterprise telah mendapat pelbagai manfaat dari pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pemimpin seperti beliau.

Akhir kata, program seperti ini mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan kepada pihak pemimpin dan juga masyarakat Kampung Parit Warijo khususnya kerana dapat saling memahami antara satu sama lain. Semoga program seperi ini dapat diadakan setiap tahun agar pemimpin dapat melihat perkembangan usahawan IKS seperti Sarjani Enterprise.

No comments: