Monday, August 23, 2010

Agrotourism Di Kg. Sri Wangi Mukim Sri Medan












Agrotourism di Kg. Sri Wangi adalah destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong luar seperti Singapura. Lokasinya yang strategik diantara Batu Pahat dan Plaza Tol Yong Peng, memudahkan lagi projek pelancongan dilakukan. Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd dan pengusahanya arwah En. Azman (kini diteruskan oleh Kak Ina - isteri arwah) merupakan rakan baik. En. Azman menggunakan Baja Organik Mas Hitam untuk projek tanaman kontan di ladangnya.
Agrotourism di ladangnya telah disokong oleh pelbagai agensi seperti J-Biotech Johor, Jabatan Pertanian dan JPMM Dun Sri Medan. Kejayaannya juga telah diterbitkan didalam suratkhabar The News Straits Times kerana penghasilan produk Mudball dan Agrotourism. Beliau telah menaikkan nama Dun Sri Medan seiring dengan perjuangan Syarikat Sarjani didalam meneraju industri teknologi E.M. Akhir kata, semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah Azaman. Al-Fatihah.

No comments: