Thursday, September 30, 2010

Projek Membaja Kebun Pegawai Daerah Telah Menunjukkan Hasil Positif








Pada 22.09.10 pihak telah mula meninjau kawasan-kawasan projek membaja yang telah dipajak kepada Syarikat Sarjani. Kaedah tinjauan dan pemerhatian secara terprinci telah dilakukan bagi memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan tetap kami. Setiap projek membaja akan dipantau sekurang-kurang sebulan sekali sebulan. Pegawai – pegawai kerajaan yang mempunyai kebun tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk memantau prestasi kebun meraka bolehllah berhubung dengan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Setakat ini Sarjani hanya tertumpu pada kawasan sekitar negeri Johor. Hasil boleh dilihat secara jelas setelah menggunakan baja selama 7 bulan ( 2 kali tabur). Sekiranya pokok mengalami masalah kekuningan daun, kering, buah ringan, buah kecil atau tanah padat, eloklah kiranya menggunakan baja organik Mas Hitam agar dapat menangani masalah tersebut dengan effektif. Kami juga telah menjalankan kajian terhadap penggunaan baja ini secara terus tanpa menggunakan baja kimia selama 4 tahun dan hasilnya jelas menunjukkan bahawa pokok tidak mengalami masalah melawas dengan kadar serius. Pokok mengalami perubahan yang ketara terutamanya dari segi berat buah. Biji sawit lebih banyak minyak dan besar. Warna duri buah sawit biasanya berwarna hijau (sebelum ni pasti kelabu – akibat kekurangan boron). Sekiranya pihak pengguna berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut.. sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837 atau databg terus ke kilang kami di Parit warijo, Sri medan, Batu Pahat, Johor.

No comments: