Monday, October 4, 2010








Program Lawatan Keusahawanan USIM & Darul Quran telah berjalan dengan lancar. Aturcara bermula selepas solat Zuhur di Masjid Jamek Pekan Sri Medan, seterusnya bas menuju ke Projek Sarjani di Parit Warijo, Sri Medan. Pelajar di berikan maklumat ringkas di bilik seminar berkaitan dengan keusahawanan. Para pelawat dikenakan bayaran RM15.00 untuk yuran masuk dan makanan. Seramai 40 orang pelajar jurusan ijazah telah terlibat didalam program ini termasuk seorang pensyarah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang keusahawanan bagi memberi gambaran yang lebih jelas peluang-peluang pekerjaan yang ada selain dari kerja makan gaji. Para pelajar juga dinasihatkan agar membantu kedua ibu bapa yang telah menjalankan pelbagai perniagaan dengan kaedah yang lebih kreatif. Jualan secara langsung ke pembekal boleh didapati melalui agensi kerajaan seperti FAMA atau mencari "Matching Partner" melalui internet. Blog dan laman sosial juga menjadi kaedah pemasaran yang berkesan dan murah pada masa kini. Pelajar juga boleh mencari duit tambahan melalui kaedah perkhidmatan seperti mengajar Al-Quran atau kelas-kelas Fardu Ain semasa cuti semester atau sekiranya masih belum mendapat perkerjaan tetap. Seterusnya, majlis berbuka puasa dengan bacaan doa selamat, turut dijemput Tok Naib Parit Warijo - En. Sukadi. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Presiden program dan Pensyarah kerana telah memberikan kerjasama dengan baik. Semoga program seperti ini akan sentiasa dijalankan setiap semester bagi memberi pendedahan pelajar terhadapat dunia sebenar kesusahawanan.

No comments: