Tuesday, November 9, 2010

Lawatan Pegawai Pertanian Daerah Yong Peng - Program Usahawan Siswazah 2010






Program keusahawanan siswazah pertanian dan industri asas tani oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor telah berjaya melahirkan ramai usahawan yang terdiri dari golongan siswa dan siswi yang memilih bidang asas tani sebagai alternatif kepada kebergantungan pekerjaan makan gaji. Tujuan Tuan Hamzah dari Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat kawasan Yong Peng adalah untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan dengan projek yang telah dijalankan oleh Pengarah Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd merangkap sebagai Usahawan Siswazah Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya Negeri Johor 2009.

Program tersebut telah mendekatkan lagi hubungan dua hala diantara pengusaha dan pihak jabatan bagi mengenalpasti kelemahan dan untuk menambah-baikkan lagi perniagaan yang telah sedia ada. Nasihat dan bimbingan daripada Tuan Hamzah telah diterima dan dipratikkan agar projek ini bertambah maju dimasa hadapan. Pelbagai kemudahan yang boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian diantaranya ialah insentif, bantuan PGU berbentuk geran, dan peruntukan bantuan baja atau racun. Para pengusaha diminta agar lebih peka terhadap sebarang peluang yang wujud. Bukan mudah untuk mendapat kejayaan kalau bukan dari usaha yang gigih dan berterusan.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pakej lawatan ke Ladang Sarjani sila hubungi Cik Nurhidayah = 016 7116837. Terdapat pelbagai pakej seperti pakej10 = bayaran masuk RM10. pakej15, pakej25 dan pakej50. Setiap pakej mengandungi pelbagai cenderahati dan makanan yang berlainan mengikut harga. Terima Kasih kerana mengikuti blog ini.

Pengarah Sarjani (M) Sdn Bhd
Mohd Aliff Sarjani

No comments: