Wednesday, January 5, 2011

Projek Ternakan Bebiri Semakin Berkembang Pesat dengan Kemasukan sebanyak 32 ekor bebiri jenis "Damara dan Dorper"





Pertama sekali pihak Sarjani mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum, hidup sebagai satu rumpun menjadi 1Malaysia sebagai asas perpaduan negara. Pihak Syarikat Sarjani kini mengorak langkah yang lebih jauh lagi dengan mengembangkan lagi pelbagai perniagaan yang telah sedia ada seperti ternakan bebiri komersial.

Pelbagai pihak kini mengakui kebenarannya dalam memilih penternakan bebiri berbanding kambing diatas beberapa faktor. Pertama ialah tempoh, penjagaan dan permintaan. Tempoh bebiri untuk matang dan boleh di Akikah atau Korban adalah setahun berbanding kambing, 2 tahun. Penjagaan bebiri walaupun lebih sukar, namun peratusan untuk sakit adalah kurang, namun semuanya bergantung kepada teknik penjagaan pengusaha. Rahsia kami di Sarjani ialah dengan mengaplikasi penggunaan E.M (Effektif Mikroorganisma) secara optimum dan ia telah berjaya mengatasi pelbagai masalah semasa penjagaan. Terakhir adalah permintaan, permintaan akan meningkat menjelang musim cuti sekolah dan selalunya kambing tidak cukup bekalan memandangkan umur 2 tahun baru boleh disembelih. Ternakan bebiri hanya memerlukan setahun sahaja untuk matang.

Ternakan bebiri di Syarikat Sarjani kini telah mencecah 150 ekor termasuk anak-anak yang baru lahir. Bermula dari 10 ekor pada tahun 2009 dan kini telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan bebiri untuk anak-anak, akikah atau korban, sila hubungi Cik Nurhidayah = 016 7119837

"Pertanian adalah Perniagaan"

No comments: