Tuesday, April 5, 2011

Penghantaran Baja Organik Mas Hitam terus ke Ladang Pelanggan



Sekitar jam 8 pagi adalah masa yang amat sesuai untuk membaja pokok, tidak terbatas kepada tanaman ladang seperti sawit atau getah sahaja. Namun di kawasan Batu Pahat kebanyakan penduduk mempunyai pendapatan tetap yang bergantung kepada hasil sawit di kebun mereka. Syarikat Sarjani sedia memberikan perkhidmatan penghantaran secara percuma dikawasan sekitar Batu Pahat berdekatan dengan kawasan Sri Medan atau Parit Sulong. Seawal jam 7 pagi lagi kenderaan pacuan empat roda milik Sarjani (M) Sdn Bhd telah mula bergerak untuk menghantar baja yang berkuantiti kecil ( kurang dari 20 guni) manakala lebih dari jumlah tersebut akan dihantar menggunakan lori.


Pokok Sawit memerlukan baja yang banyak agar dapat menghasilkan buah yang sentiasa berat dan banyak. Tanaman jenis akak serabut tidak memerlukan kaedah pembajaan secara tanam kerana akarnya akan naik keatas dan menyerap baja yang telah ditabur. Namun sekiranya baja ditanam adalah sangat baik dan cepat diserap oleh pokok tersebut.

Jumlah KG untuk sepokok sawit yang berumur 3 tahun kebawah sekitar 2KG. Manakala lebih dari 3 Tahun adalah 5 KG sepokok. Jumlah yang banyak akan memberikan pokok mineral dan NPK yang cukup bagi membina buah sawit yang berat dan kuantiti yang banyak dengan berterusan. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh Syarikat Sarjani bagi mendapatkan teknik pembajaan yang sesuai bagi mendapatkan hasil yang optimum dan jumlah tersebut adalah yang paling sesuai.


Sebarang Pertanyaan dan Tempahan sila hubungi = Cik Nurhidayah 016-7119837

No Tel Pejabat & Fax = 07-4850094

No comments: