Tuesday, April 5, 2011

Promosi Produk-Produk Keluaran Sarjani (M) Sdn. Bhd. ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya


Pada 24.02.11 yang lepas, Pengarah Urusan dan pembantunya telah menghadiri sebuah mesyuarat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya Ibu Pejabat berkenaan dengan program keusahawanan dibawah bimbingan pihak jabatan. Setelah habis menghadiri mesyuarat tersebut, pihak Sarjani telah mengambil kesempatan untuk membuat promosi ke Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk mengetengahkan ladang Sarjani untuk penuntut jurusan pertanian dan penternakan khususnya bagi penuntut kolej pertanian tan institut pertanian Malaysia.

Di ladang Sarjani, terdapat pelbagai kemudahan infra yang sedia ada s seiringieperti tempat penginapan, eletrik dan air bersih. Tilam dan dapur gas sedia digunakan untuk para pelajar praktikal disamping menambah ilmu pengetahuan, pelajar praktikal turut mendapat sedikit elaun bagi menampung perbelanjaan mereka - ehsan Sarjani (bergantung kepada pihak pengurusan Sarjani). Melalui sesi pertemuan bersama pegawai setiausaha kementerian pertanian, pelbagai perbincangan dapat dijalankan.

Akhir sekali, pihak Sarjani mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya dan Kementerian kerana memberi kami peluang untuk memasarkan produk-produk keluaran Sarjani (M) Sdn. Bhd. Semoga syarikat dapat terus maju kehadapan seiring dengan arus permodenan.

No comments: