Wednesday, July 27, 2011

Baja Organik Mas Hitam - Disebalik Tabir Rancangan Dokumentari Agrojurnal RTM1







Penggambaran rancangan dokumentari pertanian "Agrojurnal" RTM telah berjalan dengan lancar. Rancangan yang tidak asing lagi bagi peminat pertanian, perladangan, perikanan, penternakan serta industri asas tani akan disiarkan setiap hari Ahad jam 4.00 petang.

Alhamdulillah, Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd.sekali lagi telah terpilih untuk menjalani penggambaran mengenai pemprosesan baja organik komersial. Baja organik jenama Mas Hitam tidak asing lagi bagi sekitar kawasan selatan khususnya kerana telah menjadi salah sebuah produk baja pilihan ramai pengguna samada petani kecil, surirumah, pejabat, hotel, agensi kerajaan, swasta juga nurseri.

Tentu ramai pengguna masih kurang yakin atau percaya dengan keistimewaan baja ini. Bagi pengguna baja sebatian/kimia tegar, penggunaan baja organik selalu diperkecilkan juga dipertikaikan keberkesanannya. Apakah benar baja organik ini tiada kesan? Jawapannya : Tidak, baja organik adalah baja yang pertama digunakan oleh manusia sejak hidup diatas dunia. Bezanya ialah kini, baja organik telah diadun bersama formulasi campuran mikrob berfaedah dan bahan-bahan mentah yang berkualiti serta mempunyai nutrien yang sangat diperlukan oleh tumbuhan.

Baja Organik Mas Hitam telah diiktiraf oleh kebanyakan agensi kerajaan serta swasta khususnya dalam pelbagai jenis tanaman samada tanaman kekal, tanaman jangka singkat atau tanaman landskap. Penggunaan yang berterusan telah terbukti mampu memanjangkan umur tanaman serta dapat mengurangkan kos penyelenggaraan.

Sekiranya para pengguna berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh berhubung dengan kami ditalian seperti yang telah tertera. Selain dari produk baja, produk-produk lain yang menggunakan teknologi mikrob berfaedah juga ada dijual. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghantar email terus kepada kami.


Email : sarjanimalaysia@gmail.com

No comments: