Sunday, July 3, 2011

Projek Membekal dan Membaja Kebun Pelanggan - En. Fahri Jailani

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi diatas segala limpah dan rahmatnya. Akhir-akhir ini permintaan baja organik telah meningkat secara mendadak menyebabkan semua stok di hampir semua stokis seluruh Malaysia khususnya wilayah selatan habis bekalan. Fenomena yang telah berlaku ini mungkin disebabkan oleh salah sebuah rancangan dokumentari TV3 " Majalah 3" yang lepas. Rancangan berkenaan dengan baja organik yang dipanggil "Bokashi" dikatakan baja organik yang mampu menghasilkan buah sawit yang banyak dan tanaman pokok yang lebih baik.


Untuk makluman pihak pengguna semua, apakah yang dimaksudkan dengan "Bokashi"? Bokashi ialah nama yang digunakan oleh rakyat Jepun yang bererti bahan organik atau baja organik. Terdiri dari sisa ternakan dan sisa tumbuhan terpilih diyakini mempunyai banyak nutrien sampingan seperti magnesium, sulfur, boron dan lain-lain lagi. Semua unsur ini merupakan unsur yang sangat penting bagi semua jenis tanaman terutamanya tanaman sawit. Penggunaan baja sebatian atau kimia yang berterusan MENYEBABKAN KEROSAKAN TANAH DAN POKOK kerana sifat baja tersebut adalah dengan cara memaksa setiap tanaman menghasilkan hasil tanaman yang maksimum. Baja kimia dan organik tidak boleh disamakan kekuatannya kerana sifatnya yang berbeza diantara satu sama lain. Perumpamaan kita memakan ubat dari Farmasi dan Kedai Herba. Ubat dari bahan kimia berkesan dengan cepat namun mempunyai kesan sampingan manakala ubat dari herba lambat kesannya namun tiada kesan sampingan.




Penggunaan Baja Mas Hitam organik menggunakan teknologi effektif mikroorganisma telah terbukti mampu merawat dan meningkatkan hasil tanaman secara konsisten. Begitu juga terhadap tanaman sawit walaupun ditanam dilereng bukit namun ia mampu memberikan sumber yang cukup terhadap pokok sawit. Baja Organik Mas Hitam adalah sebuah produk asas tani yang telah diadun secara formulasi dan tidak akan terhakis oleh air hujan mahupun banjir setelah ditabur ke tanah. Penggunaan bahan molases ibarat gam yang mampu melekatkan Baja Mas Hitam di tanah. Oleh itu, para pengguna tidak perlu khawatir terhadap kekurangan baja sekiranya selepas hujan yang lebat kerana sifatnya berbeza dengan sifat baja kimia jenis butiran.


Sebarang pertanyaan, soalan dan tempahan, anda boleh email atau hubungi kami di talian tertera seperti dibawah;

No Tel Pejabat : 07- 4850094
fax : 07-4850095
Email = sarjanimalaysia@gmail.com
Cik Nurhidayah (Pengurus) = 016 7119837

No comments: