Wednesday, October 26, 2011

Kenangan Semasa MAHA 2010 Serdang MAEPS









Syarikat Sarjani Enterprise telah dijemput untuk mengadakan pameran dan ekpo di MAHA 2010 yang lepas. Syarikat Sarjani merupakan salah sebuah syarikat dari negeri Johor bersama seorang lagu usahawan susu Zukirman Enterprise yang turut mengadakan ekpo di sana. Kini, Ekpo Agro & Makanan Johor akan mula berlangsung pada 25 - 29 November ini. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk sama - sama turun ke sana meninjau dan membeli produk keluaran kami nanti.

Sarjani Enterprise merupakan anak syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. bergiat aktif dalam selok belok perniagaan pertanian berasaskan teknologi e.m. Pada mulanya hanya mengeluarkan sebuah produk baja organik yang sangat terkenal dengan kualiti, kesan dan mutunya. Baja ini telah mendapat sambutan yang hangat semasa di promosikan di MAHA 2010 yang lepas.

Terdapat beberapa syarikat nursery dan landskap telah mula mendapatkan produk - produk keluaran kami untuk dipasarkan di premis perniagaan mereka. Sehingga kini terdapat lebih 20 syarikat yang menjadi stokis dan agen diseluruh Malaysia menjual produk Baja Mas Hitam ini.

Insyaallah, pada tahun hadapan kami akan turut mempromosikan produk kami di MAHA 2012 dengan pelbagai jenis produk baharu dengan harga yang cukup istimewa. Kami juga akan mula mempromosikan produk kami di Ekpo Agro & Makanan Johor nanti. Datanglah beramai - ramai untuk melihat pelbagai produk seperti arnab peliharaan, produk racun organik, baja organik, makanan ternakan dan lain - lain.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

Cik Nurhidayah,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd.
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095



No comments: