Tuesday, October 25, 2011

Lawatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (Jab. Landskap) ke Projek Industri Sarjani.





















Pada 13.10.2011 yang lalu, sebuah rombongan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru telah melawat ke Projek Industri Sarjani. Rombongan yang terdiri dari Unit Jabatan Landskap telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Landskap sendiri, Pn. Shima bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana baja organik ini dihasilkan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada Syarikat Sarjani sendiri berkenaan dengan aplikasi penggunaan baja organik terhadap tanaman landskap. Sebelum ini, Majlis Perbandaran Batu Pahat pernah melawat ke Projek Industri Sarjani untuk mendapatkan gambaran dan maklumat lanjut berkaitan penggunaan baja organik.

Kemudian, lawatan tidak rasmi dari Yang Berhormat Datuk Amat Zahri Bin Jamil, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor. Beliau sendiri turun ke padang bagi meninjau projek baja organik ini bersama Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Yuran penyertaan bagi tujuan lawatan ini RM15.00 seorang, setiap peserta akan mendapat taklimat lanjut di bilik seminar, dibawa melawat sekitar kilang baja, meninjau ternakan kambing, ternakan arnab, ternakan ikan tawar dan tanaman jangka pendek seperti sayuran.

Demo penggunaan baja organik terhadap tanaman juga dilakukan untuk memberi gambaran sebenar penggunaan baja organik secara 100% terhadap tanaman landskap. Produk seperti E.Mas5 atau racun organik juga dipromosikan agar sebarang masalah serangan penyakit seperti serangga, bena (putih-putih), kulat dan pathogen dapat dihindari.

Sebarang lawatan daripada Jabatan Kerajaan atau Agensi Swasta yang berminat untuk melawat ke Projek Industri Sarjani boleh berhubung terus kepada kami.

Pengurus,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd. 
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095

No comments: