Thursday, October 27, 2011

Taklimat dan Lawatan Tapak Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru














Pada 20.10.2011 yang lalu lawatan susulan bagi meninjau keadaan persekitaran landskap di sekitar Johor Bahru dan mengenal pasti permasalah yang wujud seterusnya cuba diatasi dengan segera. Lawatan bersama pegawai landskap ke lokasi terpilih telah berjalan disebelah pagi sehingga tengahari.

Kawasan landskap di Sungai Segget didapati mengalami masalah kurang subur dan perlu dirawat dengan menggunakan e-Mas5 (racun organik) dan Baja Organik Mas Hitam. Pokok dedaun memerlukan baja organik kerana keadaan cuaca yang tidak menentu dan panas juga akibat pelepasan gas karbon monoksida dari kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.

Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan telah sama - sama meninjau dan memberikan khidmat nasihat terhadap tanaman landskap yang telah dilawati. Terdapat beberapa lokasi yang terkena serangan kutu atau benah (putih - putih) sehingga menyebabkan daun gugur. Walaubagaimanapun permasalahan ini boleh diatasi dengan menggunakan semburan racun organik keluaran Sarjani jenama e-Mas5 yang telah terbukti berkesan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi :


Cik Nurhidayah,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd.
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095

No comments: