Wednesday, September 12, 2012

Membekal Baja Organik kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - Tanaman Landskap Bandaraya Johor Bahru

Penggunaan Baja Mas Hitam oleh pihak berkuasa tempatan khususnya di negeri Johor telah lama dipraktikkan kepada tanaman landskap sekitar kawasan bandaraya. Walaupun kesannya tidak secepat baja kimia namun dengan kos yang lebih murah, penjagaan tidak sukar, tidak perlu beli 2, 3 jenis baja lain, dan yang paling utama ialah selamat kepada manusia juga alam sekitar.

Baja jenis ini kebiasaannya akan ditabur pada sekitar tanaman sebanyak 3 - 4 minggu sekali. Baja ini juga boleh digaul bersama tanah organik dengan kadar yang ditetapkan. Pokok bunga jenis bunga kertas, dedaun dan pokok jenis berbatang amat sesuai diaplikasi produk ini kerana ianya telah terbukti berkesan dalam tempoh yang tidak terlalu lama.

Selain dari pihak berkuasa, usahawan yang terdiri dari kontraktor landskap juga boleh mendapatkan produk ini kerana harga yang ekonomi serta jaminan kesan yang berpanjangan sekiranya pengaplikasian yang betul. Pihak Sarjani juga akan membantu memberikan tunjuk ajar penggunaan baja ini agar pengguna berasa lebih yakin untuk menggunakannya. Pencapaian berterusan terhadap produk ini membuktikan bahawa produk ini mampu menandingi keupayaan produk luar negara yang sudah pasti jauh lebih mahal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Cik Nurhidayah : 016-7119837 / 07-4850094 / 07-4850095 Fax

No comments: