Monday, June 3, 2013

Kunjungan dari Pengurus Kumpulan Yayasan Pelajaran Negeri Johor untuk Mendapatkan Maklumat Penggunaan Baja Organik dan Produk Berteknologi EM.












Pada 21.05.2013 yang lalu, pihak Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah menerima kunjungan dari Pengurus Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor Sdn. Bhd.. Pihak Sarjani amat berbesar hati menerima kunjungan beliau untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan produk-produk yang akan digunakan oleh pelajar latihan industri di YPJ kelak. Pelajar akan menggunakan baja organik untuk pelbagai projek tanaman yang akan dilakukan di ladang milik YPJ di Kota Tinggi. Pihak syarikat akan membekalkan produk seperti Baja Organik Mas Hitam, Produk Racun Organik, Mudball dan Semburan Alam Sekitar untuk menjaga persekitaran kawasan ladang dimana pelajar akan menjalani latihan amali.

Semoga lawatan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan tenaga pengajar dari Kumpulan Pendidikan YPJ bagi mengetengahkan penggunaan bahan organik didalam operasi latihan para pelajar meraka.



No comments: