Monday, July 29, 2013

Lawatan Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor ke Ladang Ternakan Sarjani (M) Sdn. Bhd.















Lawatan oleh pegawai penguatkuasa dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor ke ladang milik Tuan Haji Sarjani Hassan pada 25.07.13 yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan projek ternakan kambing terutama berkenaan proses perpindahan ternakan yang memerlukan kebenaran melalui permit yang telah disahkan oleh jabatan. Objektif sistem e-permit adalah untuk mengelakkan berlakunya kecurian ternakan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini disamping memudahkan proses perpindahan ternakan antara negeri - negeri. Ribuan terima kasih diucapkan oleh pemilik ladang ternakan, Tuan Haji Sarjani Hassan  dan pihak syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. kepada para pegawai JPV yang sudi melawat serta memberi bimbingan dan nasihat berhubung dengan kes - kes kecurian yang berlaku membabitkan ternakan ruminan khususnya.

Yang benar,
En. Aliff Sarjani
Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn.Bhd.

No comments: