Monday, August 27, 2012

Produk Paling Laris Baja Organik Mas Hitam Serbuk 25KG











Baja Organik Mas Hitam E.M sangat sesuai digunakan bagi tanaman kontan sehinggalah ke tanaman bermusim seperti buah - buahan, sayur - sayuran dan pokok bunga. Menggunakan bahan tanpa kimia dan tidak berbau busuk menjadikan produk ini pilihan ramai pengguna.

Walaupun kemampuan sesetengah baja organik telah dipertikaikan, namun bagi mengguna yang pencinta alam, baja ini masih menjadi buruan kerana hasilnya yang konsisten. Baja kimia atau jenis butiran tidak boleh dipertikaikan kebaikannya kerana cepat bertindak balas terhadap tanaman, namun kesan baja tersebut kepada tanah sangat membimbangkan.

Tanah boleh menjadi kering dan tandus, ketiadaan humus atau nutrien semula jadi, tiada mikro organisma baik, tiada cacing dan tanah menjadi padat. Oleh itu, penggunaan baja organik adalah digalakkan bagi memulihkan tanah dan keadaan pokok, tidak kira lah pokok sawit, getah, buah - buahan atau sayuran.
Produk keluaran Sarjani telah banyak memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan didalam negeri, terkini tercalon produk inovasi di peringkat negeri dan pernah mendapat Anugerah Usahawan Siswazah Tani Jaya Kategori Produk Hasil Hiliran - Baja Organik.  
Baja Organik Mas Hitam dihasilkan menggunakan tinja ternakan dan sisa tumbuhan yang berkualiti tinggi diadun dengan teknologi mikroorganisma baik (e.m). Bahan yang digunakan mengandungi kandungan mineral dan karbon yang tinggi telah terbukti secara amali di ladang-ladang tanaman di negeri Johor melalui kerjasama bersama Jabatan Pertanian dan J-Biotech.
Produk utama seperti Baja Organik Mas Hitam telah digunakan untuk projek pembangunan landskap Iskandar Malaysia. Pihak Berkuasa Tempatan khususnya sekitar negeri Johor telah mula menggunakan baja organik sebagai alternatif pengganti baja jenis kimia bagi menyahut saranan "Green Technology" atau "Bandar Hijau".
Namun kini, pelbagai lagi produk berteknologi hijau bebas kimia telah dikeluarkan seperti Racun Organik Serangga, Semburan Alam Sekitar (Hilang bau Busuk) perisa Vanilla dan Rose dan pelbagai jenis produk lain.





Kelebihan Baja Organik E.M “MAS HITAM”

- 100% Penggunaan Teknologi Mikrob E.M (EFFEKTIF MIKROORGANISM) + 100% Penggunaan Bahan Organik.

- Berfungsi Sebagai “Growth Stimulant & Soil Conditioner”.

- Tidak Berbau Najis, Berkualiti, Berkesan dan Murah.

- Telah Digunapakai Oleh Kebanyakan Negara Maju (Jepun, Korea).

- Menghapuskan Pathogen, Parasit dan Phytotoxin.

- Sesuai Untuk Semua Jenis Tanaman.

Kandungan Bahan Baja Organik E.M “MAS HITAM

Macroorganisms Group Macronutrient Percentage %
Photosynthetic Bacteria
Yeast
Actinomycetes
Nitrying Bacteria
Nitrogen Fixting




Nitrogen – N
Phosphorus – P
Potassium - K
Calcium – Ca
Magnesium – Mg
Sulphur – S
Zinc – Zn
Chlorine – CI
Boron – B
Molybdenum – Mo
Copper – Cu
Iron – Fe
Manganese – Mn
Silicon – SL
As


2.30
2.40
2.30
4.30
3.29
0.01
0.24
0.05
0.30
0.01
0.65
0.10
0.01
0.01
0.03
7.70

Sebarang pertanyaan, soalan dan tempahan, anda boleh email atau hubungi kami di talian tertera seperti dibawah;

No Tel Pejabat : 07- 4850094
fax : 07-4850095
Email = sarjanimalaysia@gmail.com
Cik Nurhidayah (Pengurus) = 016 7119837


Projek Ternakan Bebiri Jenis Dorper, Santa dan Barbados di Ladang Sarjani (M) Sdn. Bhd. (27.08.12)













Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012 DARIPADA PIHAK SARJANI (M) SDN. BHD.



Kami dari pihak Sarjani (M) Sdn. Bhd., Sarjani Enterprise dan Sarjani Agro Shop ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita berbahagia di hari yang mulia ini disamping keluarga tercinta. Sebarang urusan jual beli akan mula beroperasi selepas hari raya ke-5. Pelanggan yang mempunyai kelapangan boleh singgah beraya di rumah atau pejabat kami. Kami bagi pihak warga Sarjani ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang tahun ini. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua, Insyaallah.


Yang benar,
En. Aliff Bin Sarjani
Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd,