Wednesday, July 27, 2011

Baja Organik Mas Hitam - Disebalik Tabir Rancangan Dokumentari Agrojurnal RTM1







Penggambaran rancangan dokumentari pertanian "Agrojurnal" RTM telah berjalan dengan lancar. Rancangan yang tidak asing lagi bagi peminat pertanian, perladangan, perikanan, penternakan serta industri asas tani akan disiarkan setiap hari Ahad jam 4.00 petang.

Alhamdulillah, Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd.sekali lagi telah terpilih untuk menjalani penggambaran mengenai pemprosesan baja organik komersial. Baja organik jenama Mas Hitam tidak asing lagi bagi sekitar kawasan selatan khususnya kerana telah menjadi salah sebuah produk baja pilihan ramai pengguna samada petani kecil, surirumah, pejabat, hotel, agensi kerajaan, swasta juga nurseri.

Tentu ramai pengguna masih kurang yakin atau percaya dengan keistimewaan baja ini. Bagi pengguna baja sebatian/kimia tegar, penggunaan baja organik selalu diperkecilkan juga dipertikaikan keberkesanannya. Apakah benar baja organik ini tiada kesan? Jawapannya : Tidak, baja organik adalah baja yang pertama digunakan oleh manusia sejak hidup diatas dunia. Bezanya ialah kini, baja organik telah diadun bersama formulasi campuran mikrob berfaedah dan bahan-bahan mentah yang berkualiti serta mempunyai nutrien yang sangat diperlukan oleh tumbuhan.

Baja Organik Mas Hitam telah diiktiraf oleh kebanyakan agensi kerajaan serta swasta khususnya dalam pelbagai jenis tanaman samada tanaman kekal, tanaman jangka singkat atau tanaman landskap. Penggunaan yang berterusan telah terbukti mampu memanjangkan umur tanaman serta dapat mengurangkan kos penyelenggaraan.

Sekiranya para pengguna berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh berhubung dengan kami ditalian seperti yang telah tertera. Selain dari produk baja, produk-produk lain yang menggunakan teknologi mikrob berfaedah juga ada dijual. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghantar email terus kepada kami.


Email : sarjanimalaysia@gmail.com

Baja Organik Mas Hitam -Program Seminar Dan Pameran Outreach Kebangsaan 2011

 Pada 8-10 Julai 2011 baru-baru ini, syarikat kami telah terlibat dengan program Seminar Dan Pameran Outreach Kebangsaan 2011 yang bertempat di Square One, Batu Pahat, Johor. Sepanjang program itu berlangsung, kami telah terlibat dengan jualan dan pameran produk- produk keluaran syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd.



 Terdapat sebahagian daripada produk keluaran kami yang diedarkan di koperasi Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bharu.



 Antara pelajar praktikal yang terlibat secara langsung dengan program ini. Melalui program seperti ini, ia dapat mendedahkan kepada pelajar-pelajar mengenai situasi sebenar yang akan mereka lalui di alam pekerjaan nanti.







 



Tuesday, July 12, 2011

Penglibatan Pengarah Urusan bersama JPMM Dun Sri Medan didalam Program Usahawan Tekun





Majlis penyerah semula pinjaman Tekun Nasional telah diadakan pada 27.05.2011 di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Sri Medan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyerahkan semula pinjaman Tekun kepada para usahawan di kawasan Sri Medan yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Usahawan bumiputra telah diberikan bantuan pinjaman semula agar dapat meneruskan perusahaaan semula.

Para usahawan khusunya di Malaysia amat bertuah kerana diberikan peluang oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan perniagaan secara aman tanpa ada gangguan dari pihak-pihak luar. Sistem perundangan yang adik dan telus amat penting agar usahawan dapat menjalan perusahaan dengan berjaya.

Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat yang menjadi contoh kepada para usahawan muda yang beru menceburi bidang perniagaan peruncitan. Alhamdulillah perniagaan menjadi semakin meningkat dari segi jualan dan permintaan dari masa ke semasa. Usahawan yang berminat untuk menjadi stokis di kawasan yang berpotensi, boleh berhubung dengan kami untuk bertanyakan mengenai peluang dan maklumat produk. Manakala pinjaman kewangan boleh dibuat melalui pejabat Tekun Nasional dengan sebuah rancangan perniagaan yang lengkap.

Pihak Sarjani sedia membantu para usahawan yang berminat untuk mendapatkan produk kami bergantung kepada analisis yang akan kami jalankan. Syarikat Sarjani tidak menjalankan perniagaan secara MLM, perniagaan dijalankan secara runcitan atau borong (khusus kepada stokis).

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah =
PEJABAT & FAX : 07 4850094
HP : 016 7119837

Monday, July 4, 2011

Pelajar Latihan Industri (Pelajar Praktikal) di Ladang Sarjani (M) Sdn. Bhd





Pelajar Latihan Industri (Pelajar Praktikal) di Ladang Sarjani (M) Sdn. Bhd.

Pelajar menguruskan ladang sayuran





Ladang rumput Napier untuk makanan ternakan juga diuruskan oleh pelajar-pelajar ini












Berita baik kepada para siswa dan siswazah yang berminat untuk menjalani latihan industri atau latihan praktikal amali di Ladang Sarjani (M) Sdn. Bhd. Anda boleh menghantar surat permohonan ke pejabat kami melalui fax atau surat beralamat seperti diatas. Terdapat pelbagai kategori latihan amali yang boleh dilaksanakan di Syarikat Sarjani (M) Sdn.Bhd.

Latihan Industri yang terdapat di Sarjani adalah seperti berikut;

1. Perladangan - Ladang Kelapa Sawit
2. Tanaman - Plot Tanaman di sediakan
3. Ternakan - Kambing, Arnab dan Ikan
4. Pentadbiran - Pejabat Sarjani
5. Pemasaran - Pejabat dan Kerja Luar
6. Pengilangan - Mesin Baja, Pembungkusan dan Lain-Lain
7. Perniagaan - Khusus bagi mereka yang berminat

Sebarang pertanyaan, anda boleh email atau hubungi kami di talian tertera seperti dibawah;

No Tel Pejabat : 07- 4850094
fax : 07-4850095
Email = sarjanimalaysia@gmail.com
Cik Nurhidayah (Pengurus) = 016 7119837


Surat yang dihantar hendaklah bertulis :

Pengarah Urusan
Sarjani (M) Sdn. Bhd.
PW28 : NO20, Parit Warijo,
Sri Medan, 83400 Batu Pahat,
Johor.

Sunday, July 3, 2011

Projek Membekal dan Membaja Kebun Pelanggan - En. Fahri Jailani

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi diatas segala limpah dan rahmatnya. Akhir-akhir ini permintaan baja organik telah meningkat secara mendadak menyebabkan semua stok di hampir semua stokis seluruh Malaysia khususnya wilayah selatan habis bekalan. Fenomena yang telah berlaku ini mungkin disebabkan oleh salah sebuah rancangan dokumentari TV3 " Majalah 3" yang lepas. Rancangan berkenaan dengan baja organik yang dipanggil "Bokashi" dikatakan baja organik yang mampu menghasilkan buah sawit yang banyak dan tanaman pokok yang lebih baik.


Untuk makluman pihak pengguna semua, apakah yang dimaksudkan dengan "Bokashi"? Bokashi ialah nama yang digunakan oleh rakyat Jepun yang bererti bahan organik atau baja organik. Terdiri dari sisa ternakan dan sisa tumbuhan terpilih diyakini mempunyai banyak nutrien sampingan seperti magnesium, sulfur, boron dan lain-lain lagi. Semua unsur ini merupakan unsur yang sangat penting bagi semua jenis tanaman terutamanya tanaman sawit. Penggunaan baja sebatian atau kimia yang berterusan MENYEBABKAN KEROSAKAN TANAH DAN POKOK kerana sifat baja tersebut adalah dengan cara memaksa setiap tanaman menghasilkan hasil tanaman yang maksimum. Baja kimia dan organik tidak boleh disamakan kekuatannya kerana sifatnya yang berbeza diantara satu sama lain. Perumpamaan kita memakan ubat dari Farmasi dan Kedai Herba. Ubat dari bahan kimia berkesan dengan cepat namun mempunyai kesan sampingan manakala ubat dari herba lambat kesannya namun tiada kesan sampingan.




Penggunaan Baja Mas Hitam organik menggunakan teknologi effektif mikroorganisma telah terbukti mampu merawat dan meningkatkan hasil tanaman secara konsisten. Begitu juga terhadap tanaman sawit walaupun ditanam dilereng bukit namun ia mampu memberikan sumber yang cukup terhadap pokok sawit. Baja Organik Mas Hitam adalah sebuah produk asas tani yang telah diadun secara formulasi dan tidak akan terhakis oleh air hujan mahupun banjir setelah ditabur ke tanah. Penggunaan bahan molases ibarat gam yang mampu melekatkan Baja Mas Hitam di tanah. Oleh itu, para pengguna tidak perlu khawatir terhadap kekurangan baja sekiranya selepas hujan yang lebat kerana sifatnya berbeza dengan sifat baja kimia jenis butiran.


Sebarang pertanyaan, soalan dan tempahan, anda boleh email atau hubungi kami di talian tertera seperti dibawah;

No Tel Pejabat : 07- 4850094
fax : 07-4850095
Email = sarjanimalaysia@gmail.com
Cik Nurhidayah (Pengurus) = 016 7119837