Wednesday, May 25, 2011

Pameran Kolokium Koperasi Peringkat Negeri Johor dirasmikan oleh TPM




Pada 24 Mei 2011 yang lalu, sebuah Program Kolokium Koperasi Peringkat Negeri Johor telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Dewan Jubli Intan Sultan Ismail daerah Muar. Koperasi Sek. Men. Vokasional (ERT) Azizah telah terpilih untuk mendapat "Bantuan Pembangunan Produk" sebanyak RM5000.00 daripada SKM yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah agen pemasaran yang dilantik untuk memasarkan produk-produk keluaran Koperasi Sek. Men. Vokasional (ERT) Azizah seperti IF1, IF2 dan IF3. Produk-produk telah mula dipasarkan dikebanyakan stokis yang menjual produk keluaran Sarjani.

Pengurus Pemasaran yang telah dilantik oleh Koperasi Azizah adalah merupakan alumni yakni bekas pelajar sekolah tersebut. Beliau ialah Cik Nurhidayah Binti Sarjani, merupakan bekas pelajar cemerlang SPM pada tahun 2001.

Alhamdulillah, produk IF terbabit kini dalam proses "Trademark" agar nama produk tidak diciplak oleh mereka yang tidak bertanggungjawah. Kini, melalui bantuan pembangunan tersebut, pembungkusan dan kaedah pemasaran yang lebih effektif akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Kepada koperasi seluruh Malaysia yang berminat mendapatkan pelbagai produk kami sila hubungi atau fax ke nombor tertera.

Yang Benar,
Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd.
07-4850094


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: ariebjb83@gmail.com
Date: Thu, 26 May 2011 05:24:17
To: <ariebjb.sarjani-enterprise@blogger.com>
Reply-To: ariebjb83@gmail.com
Subject: Pameran Kolokium Koperasi Peringkat Negeri Johor dirasmikan oleh TPM


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 23, 2011

Trofi dan Sijil Anugerah Sarjani (M) Sdn. Bhd.

Penglibatan Sarjani (M) Sdn. Bhd, Sarjani Enterprise dan Sarjani Agro Shop telah mula menunjukkan hasil yang amat positif. Pelbagai penglibatan secara langsung terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan khususnya dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani seperti pertandingan keusahawanan telah berhasil, terkini anugerah dari Kementerian Belia dan Sukan.


Masih terkenang lagi saat kesukaran Sarjani saat keadaan ekonomi gawat dan pelbagai cabaran semasa baru memulakan perniagaan. Tatkala itu, usahawan tani dianggap "Second Class" bukan sebuah bidang yang dipilih oleh kebanyakan mahasiswa. Namun, nasihat dan sokongan dari keluarga, sahabat handai dan saudara mara sedikit sebanyak menguatkan lagi semangat dan usaha agar berjaya dimasa hadapan.

Kini, Sarjani semakin dikenali seluruh kawasan selatan terutamanya didalam penglibatannya terhadap sektor pertanian, perladangan dan ternakan. Salah satu bentuk khidmat masyarakat dan sosial yang pihak Sarjani ambil ialah dengan membuka ruang penerimaan pelajar-pelajar latihan amali ("Student Praktical Program") dengan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi agar dapat membantu para pelajar terutamanya didalam bidang pertanian, penternakan dan perladangan.

Sebarang Pertanyaan dan Tempahan untuk menjalan latihan amali di Sarjani (M) Sdn. Bhd, sila hubungi Cik Nurhidayah - 07-4850094 (Tel Pejabat & Fax)

Sunday, May 22, 2011

Penerangan oleh Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn Bhd berkenaan Baja Mas Hitam di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah


Baja Organik Mas Hitam telah digunakan oleh pihak berkuasa tempatan negeri Johor. Penggunaan Baja Organik telah terbukti mampu mengindahkan lagi pokok dan tanaman sekitar jalan dikawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Permasalahan dari segi kerosakan terhadap pokok sedia ada dan tanah yang gersang atau keras telah berjaya diatasi setelah menggunakan baja ini. Tindak balas yang cepat dan berkesan oleh produk keluaran Sarjani ini menjadikan Baja Mas Hitam menjadi pilihan utama kebanyakan pihak agensi kerajaan dan swasta skala komersial.

Kandungan yang terdapat didalam Baja Mas Hitam ini tidak sama dengan kebanyakan baja yang berada dipasaran, kerana penggunaan bahan organik yang tinggi dan olahan teknologi E.M effektif mikroorganisma yang aktif. Tanaman lanskap seperti pohon tamar yang telah ditanam sekitar pejabat MPJBT telah mula menampakan hasil yang positif kerana sebelum ini telah hampir mati akibat faktor sekeliling dan masalah tanah yang tidak subur.

Alhamdulillah, kini pohon tamar yang menjadi lambang lanskap pejabat telah mula hijau. Insyaallah, kami yakin satu hari nanti pohon tersebut akan mula mengeluarkan buah tamar yang boleh dinikmati oleh semua kakitangan MPJBT kelak.

Sebarang tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah - 07 4850094 (Tel Pej. & Fax)

Anugerah Belia Negara 2011 - Kategori Usahawan Agro












Pada 14.05.2011 yang lepas, telah berlangsung sebuah majlis Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Sekali lagi Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat untuk kategori Usahawan Agro.

Majlis kali diadakan di daerah Kluang bertempat di Dewan Jubli Intan Kluang. Peserta kali ini lebih sengit dari tahun sebelumnya. Pelbagai kategori turut dipertandingkan dan persiapan yang diadakan lebih meriah lagi. Penglibatan syarikat pada kali ini lebih bersedia berbanding dengan pemilihan sebelum ini. Pelbagai persediaan rapi telah disiapkan dan diatur bagi mendapatkan tempat pertama.

Namun masih bukan menjadi rezeki pihak Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah tewas kepada pesaing terdekat yang menjalan perniagaan kelapa sawit dan ternakan lembu yang semestinya mendapat pulangan yang lebih tinggi terutamanya kelapa sawit yang kian meningkat harganya. Namun ia tetap tidak mematahkan semangat kami, walau tidak mendapat tempat pertama, namun tetap diberi penghargaan berupa sebuah trofi dan sijil yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan diringi oleh Menteri Besar Johor.

Alhamdulillah, selepas muncul di hari penganugerahan tersebut pihak Sarjani telah mendapat pelbagai tempahan dan permintaan dari pelanggan baharu. Terkini, projek pembuatan baja organik kami akan muncul dikaca televisyen RTM didalam rancangan Agro Jurnal bersama Syarikat Alita Corporation. Insyaallah, dimasa hadapan kami akan berusaha dengan lebih giat agar berjaya mendapat pengitirafan yang lebih tinggi dan berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti pada harga yang berpatutan.


Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Mohd Aliff Bin Sarjani
07-4850094

Anugerah Belia Negara 2010 - Kategori Wira Tani










Pada tahun lepas, penyampaian anugerah belia 2010 telah berlangsung di Dewan Kulaijaya. Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat bagi kategori Wira Tani untuk peringkat negeri Johor. Walaupun tidak mendapat tempat pertama, namun masih mendapat penganugerah sijil dan trofi oleh Majlis Belia dan Jabatan Belia Negeri Johor.

Tujuan utama penglibatan Pengarah Urusan, En. Mohd Aliff Bin Sarjani adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan jenama Mas Hitam atau Sarjani ke arena belia yang khususnya didalam bidang pertanian. Pelbagai pengalaman dan tunjuk ajar dapat diambil semasa pertandingan ini dijalankan seterusnya dijadikan satu iktibar untuk lebih maju kehadapan.

Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seseorang yang bertaraf usahawan berjaya pada zaman kini kerana perlu pelbagai pendedahan dan strategi bagi mendapatkan kepercayaan dan kualiti bagi sesebuah jenama. Penglibatan Sarjani (M) Sdn. Bhd. bersama pelbagai sektor kerajaan khususnya belia adalah amat penting kerana belia bakal menjadi tunjung kepada kemajuan teknologi pertanian khususnya penggunaan teknologi hijau atau "green technology".

Akhir kata, pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Sarjani yang telah berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik semasa proses pencalonan dijalankan. Semoga kita mendapat sebuah kejayaan yang lebih baik dimasa hadapan.


Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Mohd Aliff Bin Sarjani
07-4850094

Wednesday, May 4, 2011

Lawatan Penghakiman Pertandingan Belia 2010 - Kategori Usahawan Agro











Pada awal bulan Mac yang lepas, sebuah lawatan penghakiman pertandingan Belia Negara 2010 kategori Usahawan Agro telah dijalankan di Projek Industri Sarjani di Batu Pahat. Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah mengambil bahagian untuk pertandingan tersebut.

Tujuan Syarikat Sarjani mengambil bahagian adalah untuk mencuba mempromosikan segala projek pertanian yang telah dijalankan selama ini bagi peringkat negeri dan kebangsaan. Disamping menambahkan lagi pengetahuan berhubung dengan cara dan prosedur setiap pertandinga bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada melalui komen-komen para juri.

Namun segala yang dirancang kadangkal tidak semestinya dapat berjalan lancar. Lawatan kali ini dapat berjalan di masa yang sangat singkat, oleh itu segala bentuk aktiviti dari penyampaian power point dan iringan lawatan dijalankan dengan ringkas.

Alhamdulillah, selepas semuanya selesai, para juri sempat bersama-sama mengambil gambar bagi mengenang memori apabila pernah melawat ke Kilang Baja dan Projek Ternakan Sarjani di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Sekiranya terdapat agensi kerajaan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan projek pertanian Sarjani, sila hubungi Cik Nurhidaya - 016 7119837 Pejabat & Fax : 07-4850094

Tuesday, May 3, 2011

Mini Karnival Koperasi Pertanian (04.05.2011) - The Mall @ PWTC









Mini Karnival koperasi Pertanian diadakan pada 04.05.2011 bertempat di ruang legar The Mall @ PWTC.. Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. bersama Koperasi Sek. Men. Vokasional Azizah (ERT) Johor Bahru mengadakan promosi dan jualan di sekitar Kuala Lumpur. Dikesempatan ini, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan sepanjang program ini.

Pengarah Urusan dan Unit Pemasaran akan berada disini selama 3 hari 2 malam untuk bertemu dengan pelanggan baharu dan lama. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah 07 4850094 atau 0167119837