Thursday, September 30, 2010

Projek Membaja Kebun Pegawai Daerah Telah Menunjukkan Hasil Positif








Pada 22.09.10 pihak telah mula meninjau kawasan-kawasan projek membaja yang telah dipajak kepada Syarikat Sarjani. Kaedah tinjauan dan pemerhatian secara terprinci telah dilakukan bagi memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan tetap kami. Setiap projek membaja akan dipantau sekurang-kurang sebulan sekali sebulan. Pegawai – pegawai kerajaan yang mempunyai kebun tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk memantau prestasi kebun meraka bolehllah berhubung dengan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Setakat ini Sarjani hanya tertumpu pada kawasan sekitar negeri Johor. Hasil boleh dilihat secara jelas setelah menggunakan baja selama 7 bulan ( 2 kali tabur). Sekiranya pokok mengalami masalah kekuningan daun, kering, buah ringan, buah kecil atau tanah padat, eloklah kiranya menggunakan baja organik Mas Hitam agar dapat menangani masalah tersebut dengan effektif. Kami juga telah menjalankan kajian terhadap penggunaan baja ini secara terus tanpa menggunakan baja kimia selama 4 tahun dan hasilnya jelas menunjukkan bahawa pokok tidak mengalami masalah melawas dengan kadar serius. Pokok mengalami perubahan yang ketara terutamanya dari segi berat buah. Biji sawit lebih banyak minyak dan besar. Warna duri buah sawit biasanya berwarna hijau (sebelum ni pasti kelabu – akibat kekurangan boron). Sekiranya pihak pengguna berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut.. sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837 atau databg terus ke kilang kami di Parit warijo, Sri medan, Batu Pahat, Johor.

Wednesday, September 15, 2010

Membekal Daging Arnab untuk Majlis Keramaian, Kenduri,dan Restoran/Hotel - Jenis Pedaging







HARGA = RM 25 /KG SIAP SEMBELIH

PENGHANTARAN = AMBIL SENDIRI



Rendah Kolesterol

Daging arnab mempunyai kadar protein yg tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yg tinggi. Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yg terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg.

Masih ragu-ragu untuk memakan daging arnab?Cuba dahulu dan anda akan merasai kelebihan yang terdapat di dalamnya. Ubah persepsi dan minda anda tentang daging arnab dan cuba dapatkan kelebihannya sekarang nescaya anda akan dapat merasainya insyaAllah..Belum cuba, belum tahu..Dah cuba baru tahu..majulah arnab untuk negara..

Rendah Lemak

Berdasarkan khasiatnya yang dapat meningkatkan kemampuan golongan lelaki, daging arnab memiliki banyak persamaan dengan daging kambing. Kelebihannya adalah terdiri daripada kandungan protein yang lebih tinggi dan kadar lemak yang sgt sedikit.

Ia bukan saja dapat meningkatkan tenaga, malah dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan utk menyediakan menu yg terdiri daripada daging arnab untuk keperluan tumbesaran anak-anak yg baik.

Daging arnab dapat mengempiskan perut dan melawaskan air kencing jika dimakan dlm kuantit yg mencukupi. Daging arnab yg terdapat pada bahagian kepala jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.

Daging Arnab

Segelintir masyarakat di Malaysia menganggap bahawa daging arnab adalah seperti kucing dan juga berkeberatan untuk memakannya. Bagi yang beragama Islam daging arnab adalah halal dimakan tanpa perlu berprasangka terhadap kesahihannya. Tahukah anda daging arnab adalah daging yang sgt baik jika dibandingkan dengan daging haiwan lain. Bukan setakat itu sahaja, daging arnab juga mempunyai byk manfaat dan juga boleh mengubati pelbagai penyakit kronik. Baik mari kita berkongsi ilmu tentang kebaikkan daging arnab.

Selain mempunyai rasa yang lebih enak berbanding dengan rasa daging haiwan lain seperti ayam dan itik, ia juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya bagi golongan lelaki. Ada pihak berpendapat bahawa dgn memakan daging arnab mampu meningkatkan tenaga batin orang lelaki. Pendapat ini telah pun dibuktikan secara ilmiah. Bardasarkan kajian yg dilakukan, daging arnab mengandungi asid lemak tak tepukadar protein yang amat tinggi sehingga dapat memberikan kesan yg baik terhadap kesihatan manusia. dan

Mengkut kajian yang telah dijalankan,membuktikan daging arnab mengandungi kadar protein yang tinggi dan boleh diserap oleh tubuh secara langsung sehingga menghasilkan tenaga. Disebabkan oleh itu ramai masyarakat yang memakan daging arnab mempercayai daging arnab dapat meningkatkan tenaga batin.

Sumber rujukan dari Jebitrabbitty





SARJANI AGRO SHOP

MENJUAL PELBAGAI PRODUK UNTUK PERTANIAN, PENTERNAKAN, PERLADANGAN DAN PERIKANAN. KAMI TURUT MENJUAL PRODUK BERASASKAN

TEKNOLOGI E.M (EFFEKTIF MIKROORGNISMA)

website : http://sarjani-malaysia.lelong.com.my

PRODUK – PRODUK SEPERTI :

1. BAJA ORGANIK MAS HITAM (BUNGKUSAN 1KG DAN 25KG)
2. e-Mas – UNTUK SEMBURAN BAU BUSUK PADA LONGKANG, PARIT, KOLAM, KUMBAHAN, TINJA HAIWAN DAN LAIN-LAIN.
3. E-Mas.5 Plus – UNTUK SEMBURAN MEMBUNUH LALAT, NYAMUK, HILANGKAN BAU BUSUK. (Diperbuat dari Ekstak Tumbuhan) - RACUN ORGANIK
4. PELBAGAI JENIS DEDAK HAIWAN – Ternakan Lembu, Kambing, Arnab, Ikan.
5. BAHAN PENYUBURAN TANAH – MAS BAKAR, MAS SABUT. TANAH PEATGROW, TANAH BAKAR.
6. MEMBEKAL DAN MENJUAL BENIH IKAN AIR TAWAR DENGAN HARGA BORONG

(IKAN KELI, TILAPIA, PUYU)

1. MENJUAL IKAN KELI DEWASA DENGAN HARGA BORONG.
2. KAMI TURUT MENGADAKAN KURSUS (PEMBUATAN BAJA ORGANIK, TERNAKAN ARNAB KOMERSIAL, DAN LAIN-LAIN BERKAITAN).
3. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG BAJA DAN LADANG : “FARM VISIT” DENGAN HARGA BERPATUTAN.

ALAMAT = SARJANI AGRO SHOP, TIANG 28 PARIT WARIJO, SRI MEDAN, 83400, BATU PAHAT, JOHOR. NO TEL : 07-4850 094





MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI : http://sarjani-malaysia.lelong.com.my



BELIAN SECARA ON-LINE : http://www.lelong.com.my/merchant/arieb83.htm



SILA HUBUNGI : CIK NURHIDAYAH = 016-7119837



INFO TERKINI ADD FACEBOOK : MOHD ALIFF BIN SARJANI / ariebjb83@gmail.com

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.. Ikhlas dari Sarjani (M) Sdn Bhd, Sarjani Enterprise & Sarjani Agro Shop



"Salam Aidilfitri kepada semua warga bumiputra di Malaysia, terutama kepada pekerja, isteri tersayang, anak-anak dan pelanggan setia kami, insyaallah saya dan para pembantu akan sentiasa meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan kami dimasa hadapan" - Ketua Pegawai Eksekutif Sarjani (M) Sdn Bhd



"Alhamdulillah.. pencapaian demi pencapaian telah kami dapat.. berkat usaha semua warga Sarjani dalam memacu kecemerlangan syarikat.. Saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pelanggan kami..para pekerja, teman dan rakan yang telah memberikan khidmat dan nasihat.. semoga kita berjumpa lagi dimasa hadapan"
- Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn Bhd

Syarikat Sarjani(M)Sdn. Bhd.dan anak syarikatnya mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga muslimin dan muslimat terutamanya kepada pelanggan Sarjani yang sentiasa memberikan sokongan terhadap produk-produk yang telah diedarkan. Semoga Syarikat Sarjani akan sentiasa maju kehadapan dan dapat memberikan sumbangan yang terbaik terhadap industri asas tani berteknologi E.M di Malaysia.

Monday, September 6, 2010

Lawatan Pegawai FAMA Unit Pemasaran Ternakan dan Aquatik







Pada 08.07.10, pihak Sarjani telah menerima kunjungan lawatan dari pegawai FAMA kawasan Simpang Renggam dan pembantunya. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat kepakaran berkaitan dengan kaedah ternakan ikan air tawar yang paling komprehensif dan effektif. En. Osman selaku pegawai FAMA telah meninjau lokasi projek Sarjani di Ladang dan Kilang Baja Mas Hitam. Beberapa nasihat berkaitan dengan pemasaran terkini terhadap permintaan ikan telah dimaklumkan. En. Moha Aliff Sarjani selaku Pengarah Sarjani (M) Sdn Bhd turut memperkenalkan beberapa produk teknologi E.M seperti Bokashi Ikan dan Mudball boleh digunakan bagi mengurangkan lagi kos penyelenggaraan ternakan ikan.

Produk ini telah terbukti dapat mengurangkan kadar kematian benih ikan keli, tilapia dan puyu. Mudball berfungsi sebagai agen meneutral keasidan air kolam kesan kewujudan ikan tersebut. Benih ikan yang mula membesar kebiasaanya menyebabkan air cepat menjadi keruh dan berbau busuk. Alternatifnya, penggunaan E.M sangat diperlukan bagi menjamin keselamatan benih ikan tersebut. Bokashi Ikan produk inovasi keluaran Sarjani akan dibaling ke kolam dan dibiarkan selama 3 bulan agar dapat mengeluarkan plankton sebagai makanan tambahan ikan di kolam.

Pengunaan E.M telah terbukti menghilangkan bau hanyir ikan terutamanya ikan keli. Ikan didapati lebih sedap dan manis juga kurang lemak kesan dari keeffektifan mikrob baik didalam air kolam tersebut. Akhir kata, pihak Sarjani mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak FAMA untuk datang melawat ke projek kami. Semoga perhubungan ini dapat diteruskan dimasa akan datang.