Saturday, March 20, 2010

Perasmian Kilang Baja Organik Mas Hitam Sarjani Enterprise oleh Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor










Align Center

Pada 18 Mac 2010 bersamaan dengan 2 Rabiulakhir 1413H. Lawatan Kerja Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman ke Kilang Baja Organik Mas Hitam Sarjani Enterprise di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Lawatan Kerja ini turut melibatkan pelbagai agensi jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, J-Biotech, dan agensi-agensi yang berkaitan. Ahli JPMM Dun Sri Medan dan JKKK Kampung Parit Warijo yang diketuai oleh En. Sukadi turut sama menjayakan lagi majlis yang amat bersejarah ini. Lawatan ini bermula tepat jam 11.00 pagi dan berakhir pada 11.45 pagi. Beliau disambut oleh Pengarah Syarikat Sarjani Tuan Haji Sarjani Bin Hassan (pesara Kerajaan Negeri Johor di Pejabat SUK Cawangan Perumahan), Pengurus Besar Syarikat Sarjani Enterprise Mohd Aliff Bin Sarjani (Usahawan Siswazah Pertanian dan Asas Tani Jaya Johor 2009), penasihat Syarikat Sarjani Pn. Hajah Rahimat Binti Ahmad dan Pegawai Pentadbiran Sarjani Enterprise Nurhidayah Binti Sarjani (Siswazah UPM). Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman begitu berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kelebihan teknologi Effektif Mikroorganism (E.M) yang digunakan oleh Baja Organik Mas Hitam keluaran Syarikat Sarjani Enterprise.

Beliau telah melihat bagaimana tinja ternakan dan sisa dari tanaman di proses menggunakan teknologi E.M bagi menukar sisa buangan ini menjadi sebuah produk mesra alam tanpa kimia iaitu Baja Organik Mas Hitam. Jika dahulu tinja ternakan lembu, kambing dan ayam dibuang di sungai - sungai menyebabkan pelbagai permasalah, namun sekarang ianya tidak lagi dibuang tetapi dijadikan baja organik E.M. Sisa daripada padi digunakan kerana kaya dengan fosfat, magnesium, boron, karbon dan mineral. Kandungan ini adalah dalam bentuk organik dan ianya sama seperti yang terdapat dalam kebanyakan baja kimia atau sebatian.


Selain itu produk-produk organik E.M keluaran Syarikat Sarjani Enterprise seperti bokashi sampah (untuk menghilangkan bau dan lalat - telah digunakan oleh Zoo Johor), bokashi ikan (agen menukar sisa organik menjadi plankton - makanan anak ikan) dan e-Mas (E.M1, Active Culture, BMO yang telah diproses dan sedia digunakan). Beliau berpendapat bahawa produk-produk ini amat wajar digunakan untuk mengatasi beberapa permasalah seperti lalat, bau dan air sungai yang tercemar. Teknologi E.M telah digunakan oleh kebanyakan negara maju seperti Jepun, Amerika, Taiwan dan German bagi mengatasi pelbagai masalah mengenai lalat, bau dan pencemaran sungai. Pelbagai perkara sempat dibincangkan bersama Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman bersama Pengurus Besar Syarikat Sarjani Enterprise Mohd Aliff Bin Sarjani sepanjang tempoh tersebut.



Kesimpulannya, lawatan kerja ini telah berjalan dengan lancar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Syarikat Sarjani Enterprise yang diwakili oleh Pengurus Besar Mohd Aliff Bin Sarjani mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terhadap kesudian pihak Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor dan rombongannya untuk melawat dan merasmikan Kilang Baja Organik Mas Hitam Sarjani Enterprise di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Syarikat turut mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kerjasama yang telah diberikan kepada agensi-agensi jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Alam Sekitar, J-Biotech, JPMM Dun Sri Medan, JKKK Kampung Parit Warijo dan pekerja Sarjani Enterprise dan Sarjani Agro Shop. Semoga projek ini menjadi sebuah sebuah industri asas tani yang berjaya dan menjadi contoh di negeri Johor di masa akan datang.

Monday, March 15, 2010

BAJA ORGANIK MAS HITAM 25 KG (JENIS SERBUK) - RM25.00/GUNI







Baja Organik Mas Hitam E.M sangat sesuai digunakan bagi tanaman kontan sehinggalah ke tanaman bermusim seperti buah - buahan, sayur - sayuran dan pokok bunga. Menggunakan bahan tanpa kimia dan tidak berbau busuk ramai pengguna baja ini telah memberikan pelbagai reaksi yang positif.
Walaupun kemampuan sesetengah baja organik telah dipertikaikan, namun bagi mengguna yang pencinta alam, baja ini masih menjadi buruan kerana hasilnya yang konsisten. Baja kimia atau jenis butiran tidak boleh dipertikaikan kebaikannya kerana cepat bertindak balas terhadap tanaman, namun kesan baja tersebut kepada tanah sangat membimbangkan.
Tanah boleh menjadi kering dan tandus, ketiadaan humus atau nutrien semula jadi, tiada mikro organisma baik, tiada cacing dan tanah menjadi padat. Oleh itu, penggunaan baja organik adalah digalakkan bagi memulihkan tanah dan keadaan pokok, tidak kira lah pokok sawit, getah, buah - buahan atau sayuran.
Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut sila hubungi Nurhidayah binti Sarjani (Pentadbiran) = 016-7119837. Syarikat Sarjani Enterprise sedia membekalkan baja dengan harga yang berpatutan bergantung kepada kuantiti.

Friday, March 12, 2010

BAJA ORGANIK MAS HITAM - 1 KG (JENIS PALET) HARGA RM5.00





Sesuai untuk semua jenis tanaman, tahan lebih lama, digunakan untuk tanaman bunga, buahan, kelapa sawit, tanaman herba. Palet akan terurai secara perlahan – lahan sehingga 2 bulan. Baja palet digunakan oleh kebanyakan suri rumah yang berkerjaya terutamanya di kawasan bandar. Baja palet juga amat sesuai digunakan terhadap pokok tanaman renek, dedaun, dan rumput karpet.


Thursday, March 11, 2010

BAJA ORGANIK MAS HITAM - 1 KG (JENIS SERBUK) HARGA RM5.00

Align Center


Baja organik Mas Hitam jenis serbuk. Keluaran Syarikat Sarjani Enterprise. Sesuai untuk semua jenis tanaman, sangat cepat bertindak balas. Kesan dapat dilihat seawal 7 hari bagi pokok renek. Tidak panas walaupun diletak di pangkal akar. Sangat baik kepada pokok orkid, bonsai. Baja yang diguna pakai oleh para usahawan orkid komersial bagi tujuan pengeluaran bunga orkid yang optimum dan berkualiti tinggi untuk dieksport. Bagi pengguna yang mempunyai banyak pokok bunga dan dedaun. Baja ini amat sesuai digunakan kerana tidak berbau dan mesra alam (tanpa kimia).


Kelebihan Baja Organik E.M “MAS HITAM”
* 100% Penggunaan Teknologi Mikrob E.M (EFFEKTIF MIKROORGANISM) + 100% Penggunaan Bahan Organik.
* Berfungsi Sebagai “Growth Stimulant & Soil Conditioner”.
* Tidak Berbau Najis, Berkualiti, Berkesan dan Murah.
* Telah Digunapakai Oleh Kebanyakan Negara Maju (Jepun, Korea).
* Menghapuskan Pathogen, Parasit dan Phytotoxin.
* Sesuai Untuk Semua Jenis Tanaman.

Kandungan Bahan Baja Organik E.M “MAS HITAM


Macroorganisms Group

Macronutrients
Percentage %
Photosynthetic Bacteria
Yeast
Actinomycetes
Nitrying Bacteria
Nitrogen Fixting

Nitrogen – N
Phosphorus – P
Potassium - K
Calcium – Ca
Magnesium – Mg
Sulphur – S
Zinc – Zn
Chlorine – CI
Boron – B
Molybdenum – Mo
Copper – Cu
Iron – Fe
Manganese – Mn
Silicon – SL
Ash
pH
2.30
2.40
2.30
4.30
3.29
0.01
0.24
0.05
0.30
0.01
0.65
0.10
0.01
0.01
0.03
7.70



Pameran Usahawan Parlimen Parit Sulong Bersama Y.Bhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah (TKSU - Perancangan)


r





Pada 21.02.2010 yang lalu, sebuah pameran usahawan tani telah diadakan di kawasan Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat. Lebih 40 orang usahawan tani dijemput hadir untuk menerima geran pembungkusan produk dan penjenamaan.

Syarikat Sarjani Enterprise telah dijemput untuk bersama - sama mempamerkan produk agro kepada para usahawan tani lain. Yang Berhormat Dato' Noraini Binti Ahmad telah perkenalkan Usahawan Siswazah Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya Negeri Johor, Mohd Aliff Bin Sarjani kepada Y.Bhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah selaku TKSU bahagian unit perancangan agar dapat memberikan peluang terhadap usahawan siswazah memperkembangkan lagi perniagaan ke peringkat global.

Beliau turut mengucapkan tahniah keatas kejayaan pengurus besar Sarjani Enterprise diatas penganugerahan tersebut. Pengurus turut berbesar hati kerana di beri peluang oleh Yang Berhormat Dato' Noraini Binti Ahmad untuk berkenalan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Unit agar dapat mengembangkan lagi jaringan perniagaan ke peringkat lebih jauh.

Insyaallah, Syarikat Sarjani Enterprise akan berusaha menjadi sebuah syarikat bumiputera yang lebih menekankan tentang aspek - aspek penggeluaran produk asas tani yang mesra alam tanpa penggunaan bahan kimia dengan harga yang kompetitif. Bersesuaian dengan moto Syarikat Sarjani Enterprise "Berkualiti, Berkesan dan Berpatutan"