Wednesday, May 12, 2010

Projek Ternakan Ikan Puyu, Talapia dan Keli.. semakin maju dengan pertambahan 3 buah kolam simen..










Sebauh lagi projek bioteknologi aquaculture gabungan teknologi Effektif Mikroogranism E.M telah mula beroperasi di Ladang Sarjani, Parit Warijo, Sri Medan, Johor. Tujuan projek ternakan ikan darat ini dijalankan kerana terdapat peluang dan permintaan yang tinggi terhadap ikan air tawar seperti puyu, talapia dan keli. Syarikat Sarjani juga telah mengeluarkan produk-produk ternakan ikan seperti bokashi ikan (agen menukar bokashi menjadi plankton yang menjadi makanan tambahan ikan), mudball (meneutralkan air dan merawat sisa buangan ikan) dan e-Mas (agen mempercepatkan lagi proses rawatan air).. Kajian akan dijalankan bersama Jabatan Perikanan Daerah Batu Pahat untuk mendapatkan khidmat nasihat agar projek ini mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.. Matlamatnya ialah mengurangkan kos dan mempercepatkan lagi pembesaran ikan tersebut..

Sebarang maklumat lanjut akan sentiasa dikemaskini agar para pengguna boleh mengetahui lebih lanjut keberkesanan produk ini.. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Nurhidayah - 016-7119837

-Kami juga membekalkan benih ikan keli, puyu dan talapia dengan harga borong..

Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pameran IKS Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Pada 22.02.2010 yang lepas, program "Pemimpin Bersama Rakyat" anjuran Parlimen Parit Sulong, JPMM Dun Sri Medan dan JKKK Kg. Parit Warijo telah berlangsung di perkaranngan Balai Raya Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan diantara pemimpin dan masyarakat kampung. Program ini juga turut mempersembahkan tarian tradisional, program kesihatan, J-Robik dan pameran IKS Kampung Parit Warijo. Program berlangsung selama sehari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi JPMM Dun Sri Medan, Tok Mustafa dan majlis penutupan oleh Dato' Noraini dari Parlimen Parit Sulong.
Terdapat lebih dari 8 pengusaha IKS yang turut mengambil bahagian dalam pameran IKS tersebut. Syarikat Sarjani Enterprise telah dijemput untuk mempamerkan produk-produk mesra alam menggunakan teknologi efektif mikrob yang telah mengharumkan kawasan Parit Warijo, Sri Medan dipersada IKS peringkat negeri Johor dan Malaysia. Produk seperti Baja Organik Mas Hitam dan lain-lain produk organik seperti e-MAS (digunakan untuk pertanian, penternakan, perladangan dan perikanan), terdapat beberapa produk untuk rawatan pencemaran air sungai, kolam, parit atau longkang turut dipamerkan, pameran arnab peliharaan baka pet turut dipamerkan.
Pengerusi JPMM Dun Sri Medan telah memberikan pelbagai dorongan dan sokongan agar pengusaha IKS aktif dalam mempromosikan pelbagai produk dengan mengikuti kursus-kursus anjuran Parlimen Parit Sulong bimbingan Dato' Noraini sendiri. Alhamdulillah, Syarikat Sarjani Enterprise telah mendapat pelbagai manfaat dari pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pemimpin seperti beliau.

Akhir kata, program seperti ini mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan kepada pihak pemimpin dan juga masyarakat Kampung Parit Warijo khususnya kerana dapat saling memahami antara satu sama lain. Semoga program seperi ini dapat diadakan setiap tahun agar pemimpin dapat melihat perkembangan usahawan IKS seperti Sarjani Enterprise.

Tuesday, May 4, 2010

Ubi Menggunakan Baja Organik Mas Hitam... Pokok Lebih Besar.. Ubi Lebih Besar.. Harga Lebih Mahal.. Untung Lebih Besar...




Ubi organik yang ditanam oleh Wak Tirto di kawasan halaman rumahnya.. Ubi yang telah berumur 5 bulan ini kelihatan sangat gemuk dan besar setelah menggunakan baja Mas Hitam. Bagi penternak yang mementingkan hasil yang lumayan, beliau mengesyorkan penggunaan baja secara berterusan selang 14 hari dengan purata sebanyak 100 gram.. Baja Organik Mas Hitam sesuai digunakan oleh semua jenis pokok ubi seperti ubi keledek, ubi kentang, ubi kerepek dan ubi kampung.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837

Terima Kasih kepada pelanggan setia kami - Wak Misiran....



Pada petang 22.03.2010 selepas hujan lebat di Sri Medan. Seorang pelanggan kami telah datang ke kedai Sarjani Agro Shop untuk membeli baja. Dengan menaiki motorsikal usangnya dia pun menyapa dan bertanyakan tentang baja yang ingin dibelinya.. Sewaktu itu kedai dijaga oleh pekerja Sarjani Agro Shop yang baru, dengan perasaan was-was dia pun bertanya berapa yang pelanggan itu ingin beli.. Wak berkata beliau ingin 20 guni baja palet.. pekerja kami pon bertanya lebih lanjut benarkan Wak mahu beli sebanyak itu? (pekerja beranggapan dengan keadaan orang tua ini yang terketar-ketar tangannya bersama motor usangnya, masakan orang ini ada wang sebanyak RM700.00). Rupa-rupa Wak ini benar-benar mahu membelinya.. dikeluarkan bungkusan plastik yang diikan kemas dengan getah terdapat sekepal duit bernilai lebih dari RM700.00.. punyalah terkejut dengan perkara tersebut.. dia terus membuat bil dan delivery order kepada Wak tersebut.. penghantaran dilakukan pagi esoknya oleh dreber lori kami.. Gambar ini ditangkap sejurus selepas penghantaran dilakukan untuk mengetahui siapakah pembeli kami.. rupa-rupanya Wak Misiran.. (Orang tua ni memang suka berkebun)


MORAL = Jangan sesekali memandang rendah kepada pelanggan... Kerana dalam poketnya kita tak tahu berapa banyak duitnya.. haha