Sunday, January 30, 2011

e-Mas5 Pest & disease Repellent (PDR) E.M Racun Organik Serangga Kulat (5 Liter) Pek Ekonomi






Khusus kepada para pencinta tumbuhan, bunga dan sayuran organik yang menghadapi masalah serangan fungus seranggan ulat parasit tetapi tidak mahu menggunakan racun komersial boleh menggunakan produk e-Mas5 yang telah terbukti berkesan. Produk berasaskan teknologi Effektif Mikroorganisma (E.M) = Mikrob Baik telah diguna pakai oleh kebanyakan negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika, Jerman dan Thailand.

Kelebihan = Mampu menanggalkan penyakit kurap pada pangkal pokok orkid, benah, kutu pokok, putih pada bawah daun pokok, dan serangan serangga.

Pengguna = Ladang orkid komersial di Selangor, Seremban, Pertanian Moden Kluang.

P/S = Pelanggan yang ingin mendapatkan harga ekonomi bagi industri ladang orkid, boleh mendapatkan e-Mas5 kuantiti 5 liter pada harga yang lebih ekonomi.. Sila hubungi Cik Nurhidayah bagi sebarang tempahan = 016-7116837

Monday, January 10, 2011

Ternakan Ikan Puyu secara Komersial 1KG = RM10.00








Ternakan ikan didalam sangkar, kanvas, kolam tanah dan kolam simen pernah mencetuskan fonemona yang sangat hebat lewat tahun 2009-2010. Namun sehingga kini hanya tingal 10 - 15 peratus sahaja yang masih aktif. Jumlah ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan populasi dan permintaan sentiasa daripada pelanggan tetap seperti warong, restoran dan hotel. Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd telah mula menternak ikan keli, puyu dan talapia bagi memenuhi permintaan sedia ada.

Pada mulanya ternakan ikan lebih tertumpu pada jualan benih-beih ikan sahaja, namun kini telah bertambah kepada jualan ikan dewasa dan dimasa akan datang ialah ikan pekasam atau produk ikan tawar sejuk beku. Penglibatan bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan telah berjaya memperkukuhkan lagi penguasaan pasaran tempatan. Permintaan ikan talapia masih tidak dapat dipenuhi kerana kebanyakan warong dan restoran telah mula menjual ikan air kerana kebanyakan ikan laut yang ada dipasaran sudah tidak segar akibat terlalu lama disimpan.

Syarikat Sarjani kini telah mula memasarkan ikan-ikan terus ke warong, restoran atau hotel secara terus dengan harga borong. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah = 016 7119837.

Wednesday, January 5, 2011

MEMAKSIMUMKAN HASIL SAWIT ANDA DENGAN BAJA MAS HITAM!!







Kenapa terlalu sukar untuk menyakinkan para pekebun untuk menggunakan baja organik sebagai baja utama? Pelbagai faktor yang perlu diambil kira antaranya ketaksuban kehebatan Baja Sebatian (Kimia), penguna tegar (lebih dari 10 tahun) dan tiada baja organik yang mampu menghasilkan pulangan yang maksimum.

Baja Organik Mas Hitam keluaran Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd, 100% produk buatan Malaysia, 100% buatan Usahawan Bumiputra dan telah memenangi pelbagai anugerah. Produk yang sentiasa membuat penyelidikan secara berterusan dengan sektor kerajaan dan swasta bagi meningkatkan lagi kualiti dan penghasilannya.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Cik Nurhidayah = 016 7119837
Tel & Fax = 07 4850094

Projek Ternakan Bebiri Semakin Berkembang Pesat dengan Kemasukan sebanyak 32 ekor bebiri jenis "Damara dan Dorper"





Pertama sekali pihak Sarjani mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum, hidup sebagai satu rumpun menjadi 1Malaysia sebagai asas perpaduan negara. Pihak Syarikat Sarjani kini mengorak langkah yang lebih jauh lagi dengan mengembangkan lagi pelbagai perniagaan yang telah sedia ada seperti ternakan bebiri komersial.

Pelbagai pihak kini mengakui kebenarannya dalam memilih penternakan bebiri berbanding kambing diatas beberapa faktor. Pertama ialah tempoh, penjagaan dan permintaan. Tempoh bebiri untuk matang dan boleh di Akikah atau Korban adalah setahun berbanding kambing, 2 tahun. Penjagaan bebiri walaupun lebih sukar, namun peratusan untuk sakit adalah kurang, namun semuanya bergantung kepada teknik penjagaan pengusaha. Rahsia kami di Sarjani ialah dengan mengaplikasi penggunaan E.M (Effektif Mikroorganisma) secara optimum dan ia telah berjaya mengatasi pelbagai masalah semasa penjagaan. Terakhir adalah permintaan, permintaan akan meningkat menjelang musim cuti sekolah dan selalunya kambing tidak cukup bekalan memandangkan umur 2 tahun baru boleh disembelih. Ternakan bebiri hanya memerlukan setahun sahaja untuk matang.

Ternakan bebiri di Syarikat Sarjani kini telah mencecah 150 ekor termasuk anak-anak yang baru lahir. Bermula dari 10 ekor pada tahun 2009 dan kini telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan bebiri untuk anak-anak, akikah atau korban, sila hubungi Cik Nurhidayah = 016 7119837

"Pertanian adalah Perniagaan"