Saturday, August 28, 2010

Kursus Asas Keusahawan Dun Parlimen Parit Sulong



Pada 29 Ogos 2010 bertempat di Pejabat Parlimen Parit Sulong Yang Berhormat Dato' Noraini telah dijalankan Program Pembangunan Usahawan Siswazah secara Berpakej. Program ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berkaitan permasalahan yang telah dihadapi oleh Usahawan Siswazah. Program ini telah berjaya menarik lebih 30 orang peserta. Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd merupakan salah sebuah usahawan yang telah dijemput untuk sama sama menjayakan lagi program tersebut. Kesimpulannya, program ini telah membantu para usahawan siswazah untuk mengenali dengan lebih mendalam selok belok bidang perniagaan dan cara menangani permasalahan sekarang juga dimasa akan datang.

Monday, August 23, 2010

Agrotourism Di Kg. Sri Wangi Mukim Sri Medan












Agrotourism di Kg. Sri Wangi adalah destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong luar seperti Singapura. Lokasinya yang strategik diantara Batu Pahat dan Plaza Tol Yong Peng, memudahkan lagi projek pelancongan dilakukan. Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd dan pengusahanya arwah En. Azman (kini diteruskan oleh Kak Ina - isteri arwah) merupakan rakan baik. En. Azman menggunakan Baja Organik Mas Hitam untuk projek tanaman kontan di ladangnya.
Agrotourism di ladangnya telah disokong oleh pelbagai agensi seperti J-Biotech Johor, Jabatan Pertanian dan JPMM Dun Sri Medan. Kejayaannya juga telah diterbitkan didalam suratkhabar The News Straits Times kerana penghasilan produk Mudball dan Agrotourism. Beliau telah menaikkan nama Dun Sri Medan seiring dengan perjuangan Syarikat Sarjani didalam meneraju industri teknologi E.M. Akhir kata, semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah Azaman. Al-Fatihah.

Membekal Baja Mas Hitam ke Ladang Orkid Komersial di Taman Agrotek Bukit Changgang (Dr. Yusuf)












Selamat Datang ke Ladang Orkid Komersial di Taman Agrotek Bukit Changgang milik Dr. Yusuf. Dr. Yusuf merupakkan salah seorang pelanggan setia produk Baja Organik Mas Hitam keluaran Syarikat Sarjani (M) sdn Bhd. Baja utama yang mampu mengeluarkan bunga secara optimum bagi memenuhi keperluan pasaran eksport.
Lawatan secara rasmi dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat untuk mendapatkan maklum balas secara terus bersama pelanggan setia kami. Ketua Pegawai Eksekutif Sarjani Tuan Haji Sarjani Bin Hassan bersama Pengarah Urusan Mohd Aliff Bin Sarjani telah bersama tuan orkid Dr. Yusuf telah membincangkan berkenaan dengan pasaran yang kukuh terhadap pasaran orkid ini. Pelanggan yang berminat untuk menyertai kumpulan orkid komersial bolehlah berhubung dengan Dr. Yusuf atau Pengarah Urusan Sarjani bagi mendapatkan maklumat lanjut. Dr. Yusuf pernah diwawancara oleh Buletin TV3 pada akhir bulan Julai 2010 secara eksklusif.
Baja Organik Mas Hitam adalah baja yang paling ekonomi, effektif dan effisyen digunakan bagi tanaman orkid di Malaysia. Baja ini mampu mengurangkan kebergantungan terhadap baja kimia atau bahan kimia lain. Syarikat Sarjani juga telah mengeluarkan produk terkini Racun Organik yang didapati sangat berkesan manangani masalah kulat, parasit, tompok-tompok hitam dan serangan serangga.
Produk terkini akan dipasarkan tidak lama lagi dipasaran runcit. Sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837

Sunday, August 22, 2010

Kambing Bebiri Untuk Dijual = 8 ekor





Kambing bebiri untuk dijual

Umur = 11 bulan - 1 tahun
Jantina = Jantan
Jenis = Barbados + Bebiri Kampung
Kelebihan = Kambing Daging Pejal Kurang Lemak + Gunakan E.M + Kurang Bau..

Kuantiti = 8 ekor (Kuantiti akan berubah sekiranya kambing telah dibeli)

Sebarang pertanyaan = Cik Nurhidayah - 016-7119837

Friday, August 13, 2010

Kedai PPK Sri Medan- Menjual Produk Sarjani (Baja Organik Mas Hitam, Pest Control Organik)



Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Medan merupakan salah sebuah pertubuhan peladang yang tidak asing lagi di Malaysia. Pertubuhan yang telah banyak memenangi anugerah kerana aktif dan mempunyai pendapatan yang sangat tinggi. Syarikat Sarjani telah mula mempromosikan di PPK Sri Medan pada tahun 2008 - 2010, sambutan yang menggalakkan daripada ahli PPK telah menarik minat syarikat Sarjani untuk mengadakan promosi secara berterusan. Produk terpilih kami akan diletakkan di Kedai Pertubuhan Peladang Sri Medan seperti Baja Mas Hitam, e-Mas5, e-MAs dan sabut kepala. Sebarang pertanyaan boleh hubungi PPK Sri Medan.

DOWNLOAD BROCHURE TERKINI PRODUK KAMI!!!






BROCHURE PROMOSI 1 = KEBAIKAN BAJA MAS HITAM DAN PROMOSI TERKINI
>>>>>>http://uploading.com/files/3571ff29/PROMOSI%2BPRODUK%2BSARJANI%2B%2528M%2529%2BSDN%2BBHD.pdf/

BROCHURE PROMOSI 2 = MAKLUMAT LANJUT TENTANG 50 JENIS PRODUK LAIN

Sebuah Lagi Stokis Produk Sarjani - Baja Organik Berbakteria Mas Hitam, Racun Serangga Organik, e-MAS dan Lain-lain.





Pada awal bulan Julai yang lalu, sebuah syarikat bumiputera telah menjadi salah sebuah stokis yang menempaktkan pelbagai produk keluaran Sarjani (M) Sdn Bhd. Produk seperti baja organik bungkusan 25kg dan 1kg turut diedarkan di kedai tersebut. Lokasinya di Taman Anggerik Bandar Tenggara, Kulaijaya. Sekiranya pelanggan yang berdekatan dengan kawasan tersebut berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh berkunjung di kedai Toiyeban milik Ustaz Hasan.

Lokasi = Kedai Toiba Taman Anggerik, Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor.

Sebarang Pertanyaan = Cik Nurhidayah 016-7119837

Email = ariebjb83@gmail.com

Monday, August 9, 2010

Expo Mini Maha Segamat.







Expo Mini Maha di Segamat telah berlangung selama 2 hari pada akhir bulan Mei 2010. Program Mini Maha telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Syarikat Sarjani telah mengambil bahagian dalam expo tersebut dengan mempamerkan produk-produk terkini berteknologi effektif mikroorganism.. Bateria baik yang dimasukkan kedalam kebanyakan produk keluaran Sarjani seperti Baja Mas Hitam, eMas5, eMas, bokashi ikan dan lain-lain produk.
Sambutan daripada pengunjung amat menggalakkan sehingga akhir promosi masih ramai pengunjung yang membeli. Arnab dan produk semburan merupakan produk pilihan ramai kerana harga yang berpatutan. Arnab baka "pet" menjadi pilihan ramai, comel dan manja merupakan sifat semulajadi haiwan ini. Dagingnya pula menjadi promosi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai tarikan istimewa sepanjang program ini.
Sarjani akan turut mengambil bahagian dalam Expo Maha Serdang pada bulan November kelak. Kepada pengunjung yang ingin membeli dan melihat produk-produk keluaran Sarjani, sila berkunjung ke Dewan C. Hubungi Cik Nurhidaya untuk sebarang pertanyaan = 016-7119837

Saturday, August 7, 2010

Aktiviti Kemasyarakatan Sarjani... Akikah Lembu E.M tanpa Upah..




Pada 07.08.10 hari Sabtu pagi, para petugas Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah melakukan kerja-kerja penyembelihan seekor lembu jantan untuk akikah salah seorang pelanggan kami. Bermula tepat jam 9 pagi dan berakhir jam 11 pagi. Lembu berumur 3 tahun berbadab tegap dan semupurna. Jumlah harga seekor lembu ini termasuk sembelih dan lapah ialah RM2500.00. Lembu ini menggunakan E.M sebagai makanan tambahannya. E.M disembur kepada makanan dan minumannya agar daging lembu ini kurang berlemak dan berminyak. Ramai pelanggan Sarjani telah menyatakan komen berkenaan dengan daging lembu dan kambing yang dibekalkan oleh kami. Antaranya ialah kurang lemak, daging lebih manis, lebih lembut dan tidak berbau. Alhamdulillah daging akikah ini telah selamat dihantar ke Kg. Rimba Terjun, Pontian, Johor tepat jam 12.30.
Sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi Cik Nurhidayah = 07-4850094

Monday, August 2, 2010

Rahsia Menjadikan Kelapa Sawit Sentiasa Berbuah Dan Berat...







Apakah rahsia menjadikan kebun sawit anda sentiasa hijau, dipenuhi buah sawit yang berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat... tanpa menghadapi masalah melawas atau kekuningan... jawapannya ialah Mas Hitam.. Baja Organik Berbakteria Mas Hitam telah diiktiraf oleh kebanyakan badan-badan kerajaan dan syarikat pertanian berskala komersial.. Mempunyai kadar organik yang sangat tinggi.. sesuai untuk semua tanaman terutamanya kelapa sawit.. Kaya dengan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh pokok.. Bersifat semulajadi 100% tanpa mengunakan bahan kimia.. Ditambah lagi dengan mikrob baik yang telah diiktiraf oleh kebanyakan negara didunia termasuk Malasysia..

Baja Mas Hitam biasanya dicadangkan digunakan 3 kali setahun.. 3 bulan 15 hari setiap kali pusingannya.. perubahan dapat dilihat seawal 4-5 bulan bagi pokok kurang 10 tahun.. Syarikat Sarjani juga menawarkan perkhidmatan membaja dengan kadar berpatutan dikawasan Johor berdekatan dengan daerah Batu Pahat.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Cik Nurhidaya (Pengurus Pentadbiran) = 016-7119837