Friday, October 25, 2013

Dapatkan Produk Kami di Expo Pertanian Konvo UPM Serdang dari 25 - 29 Oktober 2013.

Pada bulan Oktober ini sebuah acara tahunan anjuran UPM Serdang iaitu Expo Pertanian bertempat di Taman Pertanian UPM. Salah sebuah stokis yang ada menjual produk keluaran Kilang Sarjani (M) Sdn. Bhd. turut mengambil bahagian dalam expo tersebut.

Nursery Gemilang Agro Land menjual pelbagai produk seperti pokok buah - buahan dan baja organik untuk para pelanggan yang minat dengan pertanian. Walaubagaimanapun untuk berpeluang bertemu dengan kami, pelanggan boleh ke EXPO MICCOS MAEPS SERDANG di Booth 191 block PKS bagi mendapatkan produk lain seperti em bmo bokashi mudball dan lain- lain lagi.

Hubungi En. Mohd Aliff Sarjani 0167116847 untuk makluman lanjut.

Wednesday, October 23, 2013

Pameran Expo Miccos Maeps Serdang 2013 - PKS Sarjani (M) Sdn. Bhd.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana sekali lagi pihak kami diberi peluang untuk ke Tapak Pameran Maeps di Serdang untuk mengadakan pameran PKS seluruh Malaysia.

Booth kami bernombor 191 bersebelahan dengan ruang makanan para usahawan PKS. Menariknya di Miccos ini para peserta yang terlibat dengan program ini akan diberi kupon yang akan digunakan untuk membeli produk-produk keluaran usahawan tempatan seperti kami. Walaubagaimanapun pengguna boleh membayar menggunakan wang ringgit Malaysia seperti biasa.

Inshaallah, pihak kami akan cuba memberi penerangan kepada para pangguna produk kami khususnya di Lembah Klang sebelum membeli produk.

Sebarang tempahan dan belian hubungi :

En. Mohd Aliff Bin Sarjani
Pengarah Sarjani (M) Sdn. Bhd.
"Usahawan Siswazah Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2011"
016-7116837

"PENERAJU PRODUK BERASASKAN TEKNOLOGI MIKROB BAIK"