Wednesday, December 30, 2009

Bulan Teknologi Peringkat Negeri Johor - Dirasmikan oleh Y.B Datuk Noh Bin Haji Omar



Pada 24.05.2009 bertempat di tapak MARDI Kluang, Johor. Pengurus dan Sarjani Enterprise telah dijemput untuk menghadiri program "Bulan Teknologi". Program ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Noh Bin Haji Omar (Menteri Pertanian dan Asas Tani 2009).

Pada lawatan ke booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, Pengurus Sarjani telah sempat mengambil peluang untuk bergambar dan menerangkan produk Baja Organik Mas Hitam. Y.B memberikan sedikit sebanyak nasihat dan ucapan tahniah kerana berjaya membuktikan keupayaan siswazah ke tahap yang membanggakan.. Baja ini telah dijadikan satu produk yang mampu untuk diketengahkan ke arena antarabangsa melalui agensi SME Corp. bagi tujuan naiktaraf pembungkusan..

Alhamdulillah Syarikat Sarjani kini telah pun berjaya untuk menaiktaraf pembungkusan pada tahun 2010 melalui SMIDEC, PUJB dan SME Corp.

Tuesday, December 22, 2009

Lawatan dari Felcra Seberang Perak seramai 27 peserta ke Ladang Sarjani Enterprise









Pada 19.12.2009, bersamaan dengan hari sabtu, lawatan sambil belajar oleh Felcra Seberang Perak diketuai oleh En. Khairul Azhar (Pengurus Felcra Seberang Perak Training Centre) ke Ladang Sarjani Enterprise yang terletak di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Seramai 28 bakal staf Felcra telah meninjau kawasan projek kami untuk mendapat pendedahan lebih terperinci berkenaan dengan projek secara intergrasi. Di sini terdapat pelbagai projek yang terdiri dari Asas Tani, Pertanian, Penternakan, dan Penternakan Ikan Darat. Setiap peserta dikenakan bayaran masuk dengan kadar yang berpatutan untuk sarapan dan cenderamata dari produk Sarjani Enterprise. Ladang yang terletak di dalam ladang sawit terletak berhampiran dengan sungai besar menjadikan ianya sangat stategik.

Peserta telah melihat ternakan lembu. kambing fidlot, ternakan arnab pedaging, ayam kampung, dan ikan darat (keli & puyu). Pengurus akan memberikan taklimat ringkas mengenai penggunaan E.M (Effektif Mikroorganisma) secara effektif bagi meningkatkan hasil penternakan untuk mencegah penyakit dan menyihatkan ternakan tersebut.

Kemudian peserta akan berehat di bilik seminar sambil menikmati juadah pagi sambil mendengar taklimat dari Pengarah Syarikat berkaitan dengan sejarah dan produk-produk jualan. Terdapat pelbagai produk hasil dari teknologi E.M seperti Emas, E.M-5, Bokashi Ikan, Bokashi Sampah, Mudball, dan Baja MAS Hitam.

Seterusnya, peserta melawat kilang baja organik Sarjani Enterprise yang telah beroperasi lebih 3 tahun. Kilang yang menggunakan teknologi E.M sepenuhya tanpa menggunakan bahan kimia. Campuran tinja lembu,kambing,ayam dan puyuh serta dedak padi dan serkam bakar.

Pihak Sarjani Enterprise berbesar hati menerima kunjungan dari Felcra Seberang Perak dan ucapan terima kasih kerana dapat bersama-sama bertukar pendapat dan fikiran bagi memajukan lagi industri asas tani ini dimasa hadapan.

Perancangan di tahun 2010 ialah menganjurkan pelbagai jenis kursus asas tani, pertanian, penternakan dan kursus baja organik. Bayaran setiap kursus adalah sangat berpatutan bermula dari RM200, bergantung pada tempoh kursus dan tajuk kursus. Agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berminat boleh menghubungi Cik Nurhidayah Sarjani = 016-7119837 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, December 16, 2009

Tahniah - Koperasi Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Azizah & Hajah Rahimah Ahmad (Guru Pembimbing)






Pada awal Disember ini, Koperasi Sekolah Menengah Vokasional Azizah telah mendapat tempat pertama peringkat Negeri Johor bagi kategori Koperasi Cemerlang dan Guru Koperasi Terbaik. Tahniah.. kepada Cikgu Hajah Rahimah Ahmah dari Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah kerana berjaya meningkatkan kemajuan koperasi dari tahun ke tahun.. Untuk makluman pembaca, koperasi ini telah membuat pelbagai aktiviti keusahawanan dikalangan guru dan murid. Terdapat Spa Kecantikan untuk wanita dan pelajar perempuan, jualan kek dan kuih tempahan dari hotel terkemuka Johor, projek tanaman fertigasi dan lain-lain lagi. Pendapatan koperasi yang tinggi turut menyumbang kepada faktor kejayaan sesebuah koperasi. Spa yang menjalankan pelbagai perkhidmatan iaitu massage, facial wajah, pembersihan kuku, mandi wap dan lain-lain perkhidmatan kecantikan yang dijalankan oleh para pelajar yang terlatih denga harga yang berpatutan. Koperasi ini juga turut mendapat tempat ke-3 peringkat kebangsaan. Tahniah sekali lagi diberikan. Pengorbanan Cikgu Rahimah Ahmad sangat besar dan turut diberikan anugerah sebagai Guru Cemerlang Koperasi peringkat negeri Johor dan peringkat Kebangsaan.


Hadiah Koperasi Tempat ke-3 Peringkat Kebangsaan = Cek RM1000 + Sijil + Trofi + Percutian Dalam Negeri
Hadiah Koperasi Terbaik Peringkat Johor = Cek RM800 + Sijil + Trofi

Hadiah Guru Koperasi Tempat ke-3 Peringkat Kebangsaan = Peralatan Komputer + Sijil + Trofi
Hadiah Guru Koperasi Terbaik Peringkat Johor = Cek RM500 + Sijil + Trofi




P/S: Untuk pengetahuan pembaca, Hajah Rahimah Ahmad adalah merupakan ibu kandung saya sendiri. Tahniah ibu... tak sabar nak tunggu anugerah Guru Cemerlang dari Kementerian Pendidikan pula....
Diharap kejayaan ini akan dipertingkatkan lagi di masa akan datang..

Baja Organik Mas Hitam - Penghantaran Sebanyak 1000 Guni Menggunakan Treler







Pada 14.12.2009, bersamaan denga hari Isnin. Sebuah treler panjang telah digunakan oleh Syarikat Sarjani untuk menghantar baja sebanyak 1000 guni kepada para petani yang akan menggunakan baja ini untuk projek tanaman sayuran secara komersial. Dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti kandungan baja yang tidak dicampur dengan tanah atau pasir. Baja ini berat 25kg walaupun menggunakan guni yang saiz 50kg (biasanya digunakan oleh baja sebatian atau kimia) ini kerana Baja Organik Mas Hitam menggunakan 
tinja lembu,kambing,ayam dan puyuh selain dedak padi, serkam bakar, molases dan E.M menjadikan ia cukup kandungan nutrien bagi pokok. Bersifat organik yang mempunyai kandungan nutrisi yang ada pada baja sebatian atau kimia. Baja Mas Hitam mampu menambah pendapatan petani secara konsisten. Tahniah diucapkan kepada para pekerja Syarikat Sarjani Enterprise Sdn. Bhd. kerana berjaya menyiapkan baja ini dalam tempoh kurang 7 hari. Kepada pelanggan yang berminat bolehlah hubungi Nurhidayah Sarjani = 016-7119837 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Thursday, December 3, 2009

Industri Asas Tani di Ladang Sarjani (Ternakan Arnab Pedaging)



Terdapat potensi yang tersembunyi bagi industri ternakan arnab komersial dimana permintaan yang sangat tinggi daripada pengemar makanan eksotik, terutamanya dari restoran mewah di bandaraya. Arnab pedaging boleh mencapai berat sehingga 4kg secara purata. Harga 1kg = RM40 bagi arnab yang telah disembelih. Sebarang permintaan atau pertanyaan boleh hubungi = Nurhidayah 016-7116837 untuk maklumat lebih lanjut.

Wednesday, December 2, 2009

Industri Asas Tani di Ladang Sarjani (Lembu, Kambing, Arnab dan Ikan)

Semenjak ladang ini ditubuhkan di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Lebih dari 1000 pengunjung telah melawat ke ladang berkonsepkan integrasi ini dimana selain ternakan lembu, kambing, arnab dan ikan darat. Ladang yang dibina diatas ladang sawit berdekatan dengan Sungai Simpang Kiri merupakan lokasi yang sangat strategik. Berdekatan dengan Pekan Sri Medan memudahkan lagi sebarang urusan dan kemudahan prasarana yang lengkap. Pengunjung juga boleh meninjau Kilang Baja Organik yang berdekatan untuk melihat sendiri bagaimana tinja (najis) haiwan yang diproses menjadi baja organik (hanya pengunjung yang dibawa oleh agensi kerajaan sahaja dibenarkan masuk). Pengunjung akan melihat sendiri tinja yang telah dijadikan baja tidak berbau busuk dan dimesin menjadi serbuk halus atau pelet. Baja ini dinamakan MAS Hitam, telah digunapakai oleh kebanyakan agensi kerajaan di negeri Johor, Melaka dan Pahang. Terdapat pelbagai produk asas tani yang lain yang akan dimaklumkan bagi keluaran edisi akan datang.


Tuesday, December 1, 2009

HARI BERSEJARAH DALAM HIDUP... ANUGERAH USAHAWAN SISWAZAH 2009

















Hari bersejarah dalam hidup setelah aku bergelar siswazah.. pada 21.11.2009 aku telah mendapat anugerah USAHAWAN SISWAZAH PERTANIAN DAN ASAS TANI JAYA 2009 daripada Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Othman sempena "Hari Penternak, Peladang dan Nelayan" peringkat negeri Johor. Pengalaman in...i adalah yang paling manis untuk aku kongsikan bersama teman-teman seperjuangan yang mungkin satu hari nanti juga akan menjadi seorang usahawan berjaya. 

Aku antara yang paling muda (26 tahun) pernah mendapat anugerah ini. Hadiah berupa trofi, sijil dan wang tunai rm1000, lagi rm3000 berbentuk harta modal (laptop atau lcd tv)... anyway aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa ( Hj Sarjani Bin Hassan & Hjh Rahimah Binti Ahmah), pekerja Sarjani Ent (Mamat, Ajis dan lain2), Y.B Datuk Amat Zahri (Adun Sri Medan), Tok Penghulu Misran, Tok Yasin, Ustaz Iman, adik aku sendiri Hidayah Sarjani, Akmal dan Fadhil Noor.. Juga kepada rakan-rakan Mustarul, Syamsul.. Insyaallah tahun hadapan aku akan wat BBQ kalau korang datang ke projek aku....