Wednesday, January 25, 2017

Produk 2017: Produk Baja Terhangat Di Pasaran. Tanah Organik 5 dalam 1, Baja Organik Mas Hitam 7 Dalam 1

Produk pertanian terlaris di pasaran iaitu Tanah Organik 5 dalam 1 dan Baja Organik 7 dalam 1. Jadi apa yang banyak sangat tu sampai ade 5 dalam 1 dan 7 dalam 1? Ok ini saya dedahkan sedikit rahsia keberkesanan baja dan tanah kami kepada tanaman.

Baja Organik Mas Hitam 7 dalam 1 mempunyai 7 elemen berbeza yang mana setiap elemen itu sangat bagus untuk pembesaran pokok dan tanaman termasuk bunga dan buah. Elemen itu adalah:

1. Tinja Ayam: Umum mengetahui bahawa tinja ayam merupakan baja yang sangat bagus untuk tanaman tetapi ianya berbau dan terlalu panas untuk tanaman. Jadi dalam Produk baja mas hitam ini tinja ayam hanya 20% sahaja. Tinja ayam juga bagus untuk kesuburan tanah dan kehijauan pokok serta tuntas
2. Tinja Kambing: Tinja kambing ini sangat bagus untuk debunga. Ia juga efektif untuk sayur sayuran. Menguatkan akar serta membantu proses pendebungaan. Hampir 30% digunakan dalam produk baja mas hitam
3. Tinja Puyuh: Ia merupakan baja kelas pertama yang sangat bagus dan efektif untuk membantu proses berbuah. Ia juga elemen penting untuk membantu dalam proses penyebatian ketika kedua elemen tadi bergabung. Hanya 10% sahaja sudah memadai dengan kehebatannya
4. Sekam Bakar: Kaya dengan mineral, boron dan magnesium untuk proses penyuburan tanah, berbuah dan berbunga. Malah sangat bagus dan efektif untuk tanaman renek yang manja seperti bunga orkid dan yang sama dengannya. Juga hampir 30% digunakan dalam baja organik mas hitam
5. Habuk Padi: ia merupakan sebatian nitrat dan sebagai makanan bakteria baik untuk proses percambahan bakteria baik
6. Effective Microb (Bakteria Baik): Ia adalah agen yang sangat sangat penting untuk menukarkan bakteria jahat kepda bakteria baik. Ia juga menghilangkan bau dan mencantikkan lagi produk baja organik mas hitam
7. ???????: 1 lagi bahan rahsia yang kami rahsiakan. Ia digunakan untuk mengaktifkan mikrob baik supaya bangun dari tidur dan bekerja.

Episod seterusnya saya akan ceritakan mengenai tanah organik pula



Tanah Organik dalam proses pembuatan


Guni Baja dalam bentuk palet


Guni baja dalam bentuk serbuk


baja palet


guni serbuk