Friday, November 26, 2010

MAHA International 2010 - Hari Pertama 26.11.10








Hari pertama di MAHA International 2010 telah menyaksikan keghairahan para pengunjung ke sini untuk melihat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Akti Rodeo dari Australia, Pameran Ternakan lembu, kambing, arnab dan burung, Gerai - gerai usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pelbagai jenis produk hasilan dari ternakan dan tumbuhan dijadikan produk komersial. Baja Organik Mas Hitam antara produk yang kini menjadi pilihan ramai kerana kebanyakan pesaing yang lepas telah gulung tikar atau lenyap dari pasaran baja organik. Alhamdulillah Syarikat Sarjani masih utuh dengan mengeluarkan pelbagai produk E.M seperti e-Mas5 untuk semburan, IF1 , IF2, IF3 dan repellent insect prefention. Mudball antara produk yang masih baru dipasaran antarabangsa. Produk-produk jualan kami akan diperjelaskan lagi di musim yang akan datang berserta kebaikankan dan harga. Kami juga menyediakan jualan secara on-line di Lelong.com.my. Taip sahaja "arieb83" atau "mas Hitam".

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi - Cik Nurhidayah 016 7119837

Thursday, November 25, 2010

MAHA International 2010 - SERDANG (Persiapan sebelum bermulanya Expo bermula)










Ekspo MAHA International 2010 telah bermula 25 November sehingga 5 Disember 2010, Syarikat Sarjani telah mengambil bahagian dalam mempromosikan produk di 2 lokasi iaitu di perkarangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Booth No 45) dan di Pameran Rumah Johor (Rumah Limas). Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus ke booth kami untuk berjumpa terus dengan Pengarah Urusan dan Pegawai Sarjani untuk berurusan.


"Pertanian adalah Satu Perniagaan"


Pengarah
Sarjani (M) Sdn Bhd
Sarjani Enterprise
Sarjani Agro Shop

Tuesday, November 9, 2010

Produk Kecantikan Muka & Tubuh Anda - Sabun Garam Gunung Himalaya (original) = RM 20.00



Sabun Gunung Himalaya (original) khas untuk kulit badan dan muka yang ingin mengekalkan kecantikan atau mengurangkan masalah kulit bermasalah. Sabun ini merupakan alternatif kepada mandi laut (menggunakan garam laut - sabun ini menggunakan garam gunung himalaya).

Cara Menggunakan:


1. Rendamkan sabun di besen.
2. Ambil kain putih dan celupkan bersama sabun dan air tadi.
3. Sapukan kain tersebut ke bahagian muka atau tubuh.
4. Jangan gunakan sabun secara terus ke tubuh.
5. Gunakan 2 - 3 kali sahaja seminggu.

Sebarang pertanyaan dan tempahan secara online sila hubungi Cik Nurhidayah = 016 7119837

Lawatan Pegawai Pertanian Daerah Yong Peng - Program Usahawan Siswazah 2010






Program keusahawanan siswazah pertanian dan industri asas tani oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor telah berjaya melahirkan ramai usahawan yang terdiri dari golongan siswa dan siswi yang memilih bidang asas tani sebagai alternatif kepada kebergantungan pekerjaan makan gaji. Tujuan Tuan Hamzah dari Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat kawasan Yong Peng adalah untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan dengan projek yang telah dijalankan oleh Pengarah Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd merangkap sebagai Usahawan Siswazah Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya Negeri Johor 2009.

Program tersebut telah mendekatkan lagi hubungan dua hala diantara pengusaha dan pihak jabatan bagi mengenalpasti kelemahan dan untuk menambah-baikkan lagi perniagaan yang telah sedia ada. Nasihat dan bimbingan daripada Tuan Hamzah telah diterima dan dipratikkan agar projek ini bertambah maju dimasa hadapan. Pelbagai kemudahan yang boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian diantaranya ialah insentif, bantuan PGU berbentuk geran, dan peruntukan bantuan baja atau racun. Para pengusaha diminta agar lebih peka terhadap sebarang peluang yang wujud. Bukan mudah untuk mendapat kejayaan kalau bukan dari usaha yang gigih dan berterusan.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pakej lawatan ke Ladang Sarjani sila hubungi Cik Nurhidayah = 016 7116837. Terdapat pelbagai pakej seperti pakej10 = bayaran masuk RM10. pakej15, pakej25 dan pakej50. Setiap pakej mengandungi pelbagai cenderahati dan makanan yang berlainan mengikut harga. Terima Kasih kerana mengikuti blog ini.

Pengarah Sarjani (M) Sdn Bhd
Mohd Aliff Sarjani

Tuesday, November 2, 2010

Membekal Baja Mas Hitam ke Ladang Orkid Komersial Mr. Woon.


Pada 22.07.10 yang lepas, Syarikat Sarjani telah membekal sebanyak 160 guni Baja Organik Mas Hitam kepada salah seorang pelanggan kami iaitu Mr. Woon. Mr. Woon adalah seorang pengusaha ladang orkid komersial di daerah Seremban. Pokok bunga orkid yang ditanam akan dipasarkan di seluruh kawasan Lembah Klang. Bunga orkid akan dieksport ke Singapura manakala pokok pula akan dijual ke pelanggan tetap seperti hotel, kelab golf, projek landskap dan pelanggan persendirian. Produk Baja Organik Mas Hitam merupakan baja utama didalam projek orkid komersial Mr. Woon di Seremban.

Syarikat Sarjani juga sedia berkerjasama dengan mana-mana pelanggan yang sedang berusaha untuk mengkomersialkan projek tanaman orkid secara komersial. Orkid tidak boleh menggunakan baja kimia secara 100% kerana ia akan menyebabkan hasil yang tidak konsisten dan saiz bunga tidak mampu mencecah saiz XL. Saiz yang akan menentukan harga bagi bunga-bunga orkid untuk pasaran eksport. Penggunaan baja organic telah terbukti mampu mengoptimumkan pengeluaran orkid secara konsisten. Lebih-lebih lagi permintaan yang sangat tinggi di pasaran luar Negara. Syarikat Sarjani turut membekal Baja Mas Hitam di kebanyakan jabatan landskap seluruh negeri Johor.