Wednesday, April 13, 2011

Projek Naiktaraf Kandang Bebiri Sarjani (M) Sdn. Bhd, 2011




Projek naiktaraf kandang bebiri diladang Sarjani telah bermula pada 01.03.11 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir bulan April 2011. Tujuan penambahan tempat ternakan bebiri ini adalah untuk memberi keselesaan kepada bebiri dan meningkatkan lagi bilangan ternakan sedia ada.




Projek ternakan bebiri ini bermula pada pertengahan tahun 2009 dengan menternak secara sambilan sebanyak 10 ekor bebiri barbados termasuk seekor pejantan. Pelbagai dugaan dan kesusahan telah dialami semasa mula belajar menternak bebiri ini, antaranya ialah formulasi pemakanan bebiri, kesusaian kandang, keselamatan bebiri dan masalah kembung perut. Permasalahan kembung perut ini jika tidak diberikan perhatian boleh membawa maut.




Kini ternakan bebiri di Ladang Sarjani (M) Sdn. Bhd. telah melebihi 150 ekor. Oleh itu, pihak syarikat perlu menambah lagi saiz kapasiti kandang bagi memenuhi bebiri yang telah sedia ada. Terdapat beberapa jenis bebiri yang diternak di sini termasuklah Dorper dan Damara Asli.

Syarikat ada membekal ternakan bebiri untuk tujuan akikah atau korban, peralatan ternakan, makanan ternakan dan baja organik dari tinja ternakan.

Sebarang Pertanyaan dan Tempahan sila hubungi : Cik Nurhidayah 07-4850094

Friday, April 8, 2011

Membekal Baja Mas Hitam kepada Pengusaha Benih Sawit - Tujuan Cepat Membesar








Salam 1 Malaysia, pembabitan kaum bumiputra dalam sektor perladangan dan penanaman anak benih sawit atau getah adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan pembabitan kaum bukan bumiputra. Namun masih wujud golongan yang telah lama mengusahakan perniagaan ini di kawasan Batu Pahat, Johor.

Sekali lagi, Baja Organik Mas Hitam keluaran Sarjani (M) Sdn. Bhd. menjadi pilihan bagi mereka yang sememangnya pakar dalam bidang penanaman pokok sawit. Jika sebelum ini ramai yang memilih tahi ayam sebagai bahan organik atau baja untuk tanaman mereka, kini mereka telah mengetahui pelbagai masalah akan timbul sekiranya mereka menggunakan tahi ayam tersebut. Antara penyakit dan sindrom yang akan timbul ialah daun bertombok kuning, daun kering, berbau, semut hurung dan bantut.

Baja Organik Mas Hitam adalah formulasi baja organik yang terdiri dari banyak kandungan mineral, nitrat, boron dan pelbagai bahan lain yang diperlukan oleh pokok terutamanya anak pokok. Selain NPK 3 3 3 yang boleh dikategorikan agak tinggi dan mempunyai "reserve reservmo" yang tinggi (kandungan NPK tepu) pokok dapat menyedut kandungan tersebut secara perlahan-lahan selama lebih 3 bulan. Jika menggunakan baja konvensional (Kimia/Butir) kadar baja yang boleh tinggal hanyalah 30 hari. Walaupun NPK 21 21 21, namun keupayaan pokok hanya mampu menyedut sedikit sahaja kandungan tersebut manakala bakinya akan terbuang.

Kesan pokok benih yang menggunakan baja Mas Hitam adalah daun hijua, cepat membesar dan batang lebih besar dan teguh.

Sebarang Pertanyaan dan Tempahan sila hubungi =

Cik Nurhidayah

016-7119837

Pejabat & Fax : 07-4850094

Tuesday, April 5, 2011

Promosi Produk-Produk Keluaran Sarjani (M) Sdn. Bhd. ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya


Pada 24.02.11 yang lepas, Pengarah Urusan dan pembantunya telah menghadiri sebuah mesyuarat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya Ibu Pejabat berkenaan dengan program keusahawanan dibawah bimbingan pihak jabatan. Setelah habis menghadiri mesyuarat tersebut, pihak Sarjani telah mengambil kesempatan untuk membuat promosi ke Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk mengetengahkan ladang Sarjani untuk penuntut jurusan pertanian dan penternakan khususnya bagi penuntut kolej pertanian tan institut pertanian Malaysia.

Di ladang Sarjani, terdapat pelbagai kemudahan infra yang sedia ada s seiringieperti tempat penginapan, eletrik dan air bersih. Tilam dan dapur gas sedia digunakan untuk para pelajar praktikal disamping menambah ilmu pengetahuan, pelajar praktikal turut mendapat sedikit elaun bagi menampung perbelanjaan mereka - ehsan Sarjani (bergantung kepada pihak pengurusan Sarjani). Melalui sesi pertemuan bersama pegawai setiausaha kementerian pertanian, pelbagai perbincangan dapat dijalankan.

Akhir sekali, pihak Sarjani mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya dan Kementerian kerana memberi kami peluang untuk memasarkan produk-produk keluaran Sarjani (M) Sdn. Bhd. Semoga syarikat dapat terus maju kehadapan seiring dengan arus permodenan.

Penghantaran Baja Organik Mas Hitam terus ke Ladang Pelanggan



Sekitar jam 8 pagi adalah masa yang amat sesuai untuk membaja pokok, tidak terbatas kepada tanaman ladang seperti sawit atau getah sahaja. Namun di kawasan Batu Pahat kebanyakan penduduk mempunyai pendapatan tetap yang bergantung kepada hasil sawit di kebun mereka. Syarikat Sarjani sedia memberikan perkhidmatan penghantaran secara percuma dikawasan sekitar Batu Pahat berdekatan dengan kawasan Sri Medan atau Parit Sulong. Seawal jam 7 pagi lagi kenderaan pacuan empat roda milik Sarjani (M) Sdn Bhd telah mula bergerak untuk menghantar baja yang berkuantiti kecil ( kurang dari 20 guni) manakala lebih dari jumlah tersebut akan dihantar menggunakan lori.


Pokok Sawit memerlukan baja yang banyak agar dapat menghasilkan buah yang sentiasa berat dan banyak. Tanaman jenis akak serabut tidak memerlukan kaedah pembajaan secara tanam kerana akarnya akan naik keatas dan menyerap baja yang telah ditabur. Namun sekiranya baja ditanam adalah sangat baik dan cepat diserap oleh pokok tersebut.

Jumlah KG untuk sepokok sawit yang berumur 3 tahun kebawah sekitar 2KG. Manakala lebih dari 3 Tahun adalah 5 KG sepokok. Jumlah yang banyak akan memberikan pokok mineral dan NPK yang cukup bagi membina buah sawit yang berat dan kuantiti yang banyak dengan berterusan. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh Syarikat Sarjani bagi mendapatkan teknik pembajaan yang sesuai bagi mendapatkan hasil yang optimum dan jumlah tersebut adalah yang paling sesuai.


Sebarang Pertanyaan dan Tempahan sila hubungi = Cik Nurhidayah 016-7119837

No Tel Pejabat & Fax = 07-4850094

Membekal Baja Organik Mas Hitam ke Corus Paradise Resort Port Dickson


Syarikat Sarjani turut membekal Baja Organik Mas Hitam dan produk-produknya yang lain seperti Mudball dan Racun Organik Serangga ke para pelanggannya. khususnya hotel dan resort sekitar Malaysia dengan memberikan perkhidmatan penghantaran terus ke destinasi. Tawaran harga yang menarik dan ekonomi menjadikan Baja Mas Hitam keluaran Sarjani menjadi pilihan utama para pelanggan. Seterusnya Syarikat Sarjani akan sentiasa menghasilkan produk-produk organik berkualiti tinggi, tidak berbau dan sesuai digunakan didalam dan diluar rumah, pejabat atau hotel. Boleh digunakan oleh semua tanaman tanpa penjagaan yang rapi.

Baja Organik Mas Hitam menjadi pilihan ramai Hotel dan Resort sekitar Malaysia kerana telah terbukti berkesan menyuburkan rumput yang telah kering dan berlubang-lubang. Tanpa perlu tambahan baja kimia, ia mampu menjadikan tanaman landskap menjadi hijau semula.

Sebarang Pertanyaan dan Tempahan = Cik Nurhidayah = 016-7119837
No Tel Pejabat = 07-4850094
No Fax = 07-4850095

PRODUK-PRODUK TERKINI KELUARAN SARJANI (M) SDN. BHD.



E-Mas 5 - Racun Organik Serangga

Harga = Botol - RM14.00
0.5 Liter - RM25.00
5 Liter - RM70.00

Keistimewaan: Bertindak mengawal tanaman daripada terkena serangan penyakit seperti kulat, serangan kutu, beenah putih, kurap pokok dan serangan serangga perosak. Diperbuat daripada ektrak cili, bawang putih dan lain-lain mampu untuk menangkis semua serangan tersebut.

Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.




Baja E-Mas Cecair - Semburan Terus ke Pokok dan akar

Harga = RM12.00

Keistimewaan: Tanaman jenis cerewet yang memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan NPK yang tinggi. Contoh tanaman seperti sayuran, ros, jenis pokok herba, pokok hutan dan perhiasan jenis bonzai.



Semburan E-Mas Environment Clean - Bau Ros/Vanilla

0.5 Liter = RM20.00 (Pati)
Botol = RM12.00

Keistimewaan: Semburan seperti Febreze untuk menghilangkan bau busuk, tengik dan sebagainya. Namun bezanya ialah semburan ini organik 100% menggunakan teknologi e.m. Tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap manusia khususnya kanak-kanak.

Digunakan untuk ternakan peliharaan seperti arnab, tahinya, ayam, anjing, kucing, karpet, kasut, selimut, cadar, langsir dan sebagainya.



Baja Organik Mas Hitam - Jenis Palet/Butir (0.8KG)

Harga = RM5.00


Keistimewaan: Khusus terhadapa tanaman jenis landskap yang memerlukan teknik pembajaan "Slow Release". Jenis tanaman yang sesuai ialah jenis dedaun, orkid, buahan jangka panjang dan rumput golf.
Mudah ditabur dan tdak berbau.




Baja Organik Mas Hitam - Jenis Serbuk (0.8KG)

Harga = RM5.00

Keistimewaan : Sesuai untuk semua jenis tanaman yang perlu cepat bertindak balas. Jenis tanaman seperti cili, sayuran, bunga-bunga dan buahan. Tidak melekit dan berbau, sesuai digunakan didalam dan diliuar rumah atau pejabat.

Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.

Sebarang Pertanyaan dan Tempahan :

Sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837

No Tel Pejabat & Fax = 07-4850094