Monday, October 25, 2010

e-Mas5 - Racun Organik Serangga/Kulat/Pathogen/Bakteria Jahat/Lalat


Produk terkenal keluaran Sarjani - e-Mas5 atau Racun Organik Serangga/Parasit/Lalat.

Produk ini telah digunakan secara meluas oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani masalah lalat atau sebagai alternatif kepada penggunaan racun serangga konvensional. Produk ini terdiri dari 4 jenis bungkusan :
1. Semburan Spray Terus Guna = 0.5 Liter (RM17.00)
2. Repellent/Isian Semula = 0.5 Liter (RM35.00)
3. Repellent/Isian Semula = 1 Liter (RM65.00)
4. Repellent/Isian Semula = 5 Liter (RM250.00)

Telah terbukti berkesan menghalang serangga perosak dan menghindari dari makhluk perosak seperti lalat, kutu, bakteria jahat, cendawan jahat dan benah (putih).

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi = Cik Nurhidayah 016 7119837

** Produk Emas-5 telah ditukar nama dengan IF3 diatas faktor Trademark. Terima kasih

Sunday, October 24, 2010

Membekal Arnab ke Kedai "Pet Shop" kawasan sekitar Johor..



Pada 14/10/2010 yang lalu,pihak Sarjani telah mula membekalkan arnab jenis pelihara atau "pets" kepada kedai-kedai menjual haiwan peliharaan di sekitar Johor. Projek menternak arnab secara komersial telah bermula pada awal tahun 2009 dan telah berjaya mengeluarkan lebih dari 1000 ekor anak arnab jenis "pet" atau pedaging. Kini Syarikat Sarjani mula membekalkan daging arnab kepada salah sebuah syarikat pembekal daging sejuk beku di kawasan Johor.
Perancangan dimasa hadapan ialah menjadi pembekal utama daging arnab di sekitar Johor dan Melaka. Kepada pelanggan yang berminat mendapatkan baka, daging atau arnab pelihara boleh berhubung secara terus dengan cik Nurhidayah - 0167119837.

Sunday, October 17, 2010

Modern farmer in the making

From New Straits Times = http://www1.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Thursday/MyJohor/20080213181849/Article/

Modern farmer in the making
Mohamed Aliff Sarjani (Interview by Siti Nurbaiyah Nadzmi)
2008/02/13

Mohamed Aliff Sarjani, 24, runs an organic fertiliser factory in Parit Warijo, Sri Medan, in Batu Pahat. I was born at the Sultanah Aminah Hospital in Johor Baru in 1983. I lived in the city throughout my childhood and went to college in Shah Alam.
ENTERPRISING: The organic fertiliser factory at Jani Farm at Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Here the fertiliser pellets are being dried before packing.
ENTERPRISING: The organic fertiliser factory at Jani Farm at Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Here the fertiliser pellets are being dried before packing. HUMBLE beginnings: The front entrance of Jani Farm. The farm is surrounded by oil palm plantations.


But when I decided to settle down, I chose a place which many city dwellers would describe as “the backwaters” or “remote”.

The place is called Parit Warijo in Sri Medan, Batu Pahat.

I am sure that not many are familiar with it.

A decade ago, my contractor father Sarjani Hassan, who was based in Johor Baru, spent his entire life savings on a piece of agricultural land, which was planted with oil palm, at Parit Warijo.

My father saw the potential in livestock farming and cleared part of his land for this purpose two years ago.

I was very much involved with this project, from carrying out research to drafting the paperwork. I began to see agriculture as a serious business.

I was never attached sentimentally to Parit Warijo because it was just a piece of land acquired by my father and it was part of his retirement plan.

Well, that was how I viewed it initially.

He would take me to see the 80ha piece of land during the school holidays but I never thought the place would grow on me.

But soon I became attached to the quiet greenery surrounding the livestock farm.

When I graduated from Universiti Teknologi Mara last year, my career option was obvious. It would be modern agriculture.

The way I see it, Sri Medan and its surrounding area has vast potential to be turned into a modern agricultural hub through biotechnology and effective land usage.

Nowadays, it is impossible to get a large enough patch of land for traditional livestock breeding or farming.

So with these two approaches, we could start small and expand as and when we are ready.

My parents were supportive and we drafted business plans on processing organic fertiliser for the local market.

Now the compost processing factory is in operation and our production is about 30,000 tonnes a month.

It is hard work, and people often ask me why a university graduate would not want to work in an air-conditioned office?

Well, maybe one day I will have my own air-conditioned office. But for now, I am more focused on making my mark as a modern farmer at Jani Farmer in Parit Warijo.

Saturday, October 16, 2010

Satu Lagi Kejayaan pada Kebun Sawit dengan menggunakan Baja Organik Mas Hitam - Kompleks Mukim 4






Lawatan kerja pada awal bulan Oktober ini telah menunjukkan perkembangan yang sangat positif terhadap pokok pokok sawit yang telah di baja dan dipantau oleh Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd. Pokok sawit ini yang dahulunya tidak berbuah dan daun kekuningan telah menjadi subur dan berbuah lebat. Pokok sawit yang berumur sekitar 7-8 tahun ini telah mengeluarkan hasil yang lumayan. Projek membaja menggunakan Baja Mas Hitam ini telah bermula sekitar tahun 2009 - 2010, bekerjasama dengan Penghulu Mukim 4, Tok Rafizan ternyata membuahkan kejayaan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan kedua pihak, pokok sawit kini telah mula mengeluarkan hasil yang lumayan. Semoga projek ini dapat diteruskan dimasa hadapan dan dapat dicontohi oleh mana-mana kompleks penghulu yang berminat. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7116837 atau 074850094.

Tuesday, October 12, 2010

PROMOSI LEMBU AKIKAH DAN KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2010




Lembu Jantan berumur 2-3 tahun
Cukup Sifat
Penghantaran Percuma

CEPAT… CEPAT.. SEMENTARA STOK MASIH ADA…
SILA HUBUNGI TUAN HAJI SARJANI ATAU
DATANG TERUS KE KEDAI SARJANI AGRO SHOP DI PARIT WARIJO, SRI MEDAN, BATU PAHAT, JOHOR..

HARGA BOLEH DIRUNDING!!!!!!!!!!!!!

SILA HUBUNGI

TUAN HAJI SARJANI - 016 7117837
MOHD ALIFF SARJANI - 016 7116837

Thursday, October 7, 2010

Membekal Baja Organik Mas Hitam untuk Projek Pertanian Kelapa Mataq











Pada 02.09.10 Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd telah membekal Baja Organik Mas Hitam kepada seorang pengusaha kelapa mataq di kawasan Ulu Tiram, Johor Bahru. Objektif utama penggunaan Baja Mas Hitam ini adalah untuk menyuburkan tanah yang keras di kawasan berbukit, menggalakkan pengeluaran buah kelapa dan meningkatkan hasil pengeluaran. Penghantaran bekalan telah dipantau oleh pengarah syarikat, En. Mohd Aliff Bin Sarjani untuk mendapatkan gambaran sebenar berkenaan keadaan kelapa tersebut. Menurut pemerhatian, didapati kawasan berbukit tanah merah keras ini telah dijaga dengan baik, rumput telah diracun dan persekitan bersih dari rumput lalang.

Namun keadaan berbukit menyebabkan tanah kurang menyimpan air, ditambah pula dengan penggunaan baja kimia secara berterusan menyebabkan tanah tidak subur. Oleh itu, pengusaha digalakkan untuk menabur Baja Mas Hitam secara keliling sekitar 3 kaki dari kawasan pokok kelapa. Kesan dapat dilihat selepas 3-4 bulan dengan melihat pucuk-pucuk baru yang tumbuh hijau. Semoga projek pertanian seperti ini mendapat bantuan yang sewajarnya dari kerajaan melalui agensi jabatan seperti Jabatan Pertanian dimasa akan datang. Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd merupakan syarikat milik bumiputra sepenuhnya kini mampu menghasilkan pengeluaran baja sebanyak 80 tan sebulan. Sebarang tempahan dan pertanyaan berkaitan dengan bekalan baja sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837 begin_of_the_skype_highlighting              016-7119837      end_of_the_skype_highlighting atau Faks 07-4850094.

Monday, October 4, 2010








Program Lawatan Keusahawanan USIM & Darul Quran telah berjalan dengan lancar. Aturcara bermula selepas solat Zuhur di Masjid Jamek Pekan Sri Medan, seterusnya bas menuju ke Projek Sarjani di Parit Warijo, Sri Medan. Pelajar di berikan maklumat ringkas di bilik seminar berkaitan dengan keusahawanan. Para pelawat dikenakan bayaran RM15.00 untuk yuran masuk dan makanan. Seramai 40 orang pelajar jurusan ijazah telah terlibat didalam program ini termasuk seorang pensyarah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang keusahawanan bagi memberi gambaran yang lebih jelas peluang-peluang pekerjaan yang ada selain dari kerja makan gaji. Para pelajar juga dinasihatkan agar membantu kedua ibu bapa yang telah menjalankan pelbagai perniagaan dengan kaedah yang lebih kreatif. Jualan secara langsung ke pembekal boleh didapati melalui agensi kerajaan seperti FAMA atau mencari "Matching Partner" melalui internet. Blog dan laman sosial juga menjadi kaedah pemasaran yang berkesan dan murah pada masa kini. Pelajar juga boleh mencari duit tambahan melalui kaedah perkhidmatan seperti mengajar Al-Quran atau kelas-kelas Fardu Ain semasa cuti semester atau sekiranya masih belum mendapat perkerjaan tetap. Seterusnya, majlis berbuka puasa dengan bacaan doa selamat, turut dijemput Tok Naib Parit Warijo - En. Sukadi. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Presiden program dan Pensyarah kerana telah memberikan kerjasama dengan baik. Semoga program seperti ini akan sentiasa dijalankan setiap semester bagi memberi pendedahan pelajar terhadapat dunia sebenar kesusahawanan.