Thursday, October 27, 2011

Taklimat dan Lawatan Tapak Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru














Pada 20.10.2011 yang lalu lawatan susulan bagi meninjau keadaan persekitaran landskap di sekitar Johor Bahru dan mengenal pasti permasalah yang wujud seterusnya cuba diatasi dengan segera. Lawatan bersama pegawai landskap ke lokasi terpilih telah berjalan disebelah pagi sehingga tengahari.

Kawasan landskap di Sungai Segget didapati mengalami masalah kurang subur dan perlu dirawat dengan menggunakan e-Mas5 (racun organik) dan Baja Organik Mas Hitam. Pokok dedaun memerlukan baja organik kerana keadaan cuaca yang tidak menentu dan panas juga akibat pelepasan gas karbon monoksida dari kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.

Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan telah sama - sama meninjau dan memberikan khidmat nasihat terhadap tanaman landskap yang telah dilawati. Terdapat beberapa lokasi yang terkena serangan kutu atau benah (putih - putih) sehingga menyebabkan daun gugur. Walaubagaimanapun permasalahan ini boleh diatasi dengan menggunakan semburan racun organik keluaran Sarjani jenama e-Mas5 yang telah terbukti berkesan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi :


Cik Nurhidayah,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd.
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095

Wednesday, October 26, 2011

Video Dokumentari yang dibuat oleh Pusat Internet Desa Sri Medan.. Rakaman sekitar tahun 2009..





Dua buah video yang kami temui di youtube, rakaman sekitar tahun 2009 oleh pasukan PID (Pusat Internet Desa) bagi mengetengahkan para usahawan dari kampung Sri Medan. Alhamdulillah kini Syarikat Sarjani semakin maju kehadapan dengan beberapa naiktaraf terhadap mesin, jentera dan kilang.

Kenangan Semasa MAHA 2010 Serdang MAEPS









Syarikat Sarjani Enterprise telah dijemput untuk mengadakan pameran dan ekpo di MAHA 2010 yang lepas. Syarikat Sarjani merupakan salah sebuah syarikat dari negeri Johor bersama seorang lagu usahawan susu Zukirman Enterprise yang turut mengadakan ekpo di sana. Kini, Ekpo Agro & Makanan Johor akan mula berlangsung pada 25 - 29 November ini. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk sama - sama turun ke sana meninjau dan membeli produk keluaran kami nanti.

Sarjani Enterprise merupakan anak syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. bergiat aktif dalam selok belok perniagaan pertanian berasaskan teknologi e.m. Pada mulanya hanya mengeluarkan sebuah produk baja organik yang sangat terkenal dengan kualiti, kesan dan mutunya. Baja ini telah mendapat sambutan yang hangat semasa di promosikan di MAHA 2010 yang lepas.

Terdapat beberapa syarikat nursery dan landskap telah mula mendapatkan produk - produk keluaran kami untuk dipasarkan di premis perniagaan mereka. Sehingga kini terdapat lebih 20 syarikat yang menjadi stokis dan agen diseluruh Malaysia menjual produk Baja Mas Hitam ini.

Insyaallah, pada tahun hadapan kami akan turut mempromosikan produk kami di MAHA 2012 dengan pelbagai jenis produk baharu dengan harga yang cukup istimewa. Kami juga akan mula mempromosikan produk kami di Ekpo Agro & Makanan Johor nanti. Datanglah beramai - ramai untuk melihat pelbagai produk seperti arnab peliharaan, produk racun organik, baja organik, makanan ternakan dan lain - lain.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

Cik Nurhidayah,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd.
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095



Baja Organik Mas Hitam telah diaplikasi di Majlis Daerah Kota Tinggi















Baja Organik Mas Hitam kini menjadi pilihan oleh kebanyakan pihak berkuasa tempatan bagi mengindahkan lagi persekitaran tanaman landskap di sekliling bandar Kota Tinggi dan Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi. Penggunaan baja jenis pellet menjadi pilihan kerana ingin kesan yang berpanjangan disamping teknik "slow released" dari baja tersebut.

Selain dari tanaman jenis dedaun, bunga - bungaan dan bonzai, semua jenis tanaman lain juga boleh menggunakan baja Mas Hitam ini. Permasalah yang seringkali berlaku terhadap tanaman jenis landskap ialah daun kuning, daun tidak lebar, tidak berbunga, mudah terkena serangan penyakit, tanah rosak dan bunga mudah gugur.

Oleh demikian, setelah penggunaan baja organik ini, Permasalahan tersebut telah berjaya diatasi malah pokok - pokok kelihatan seperti berseri dan menaikkkan lagi imej pihak berkuasa tempatan khususnya di negeri Johor.

Sekiranya pengguna yang terdiri dari agensi kerajaan berminat untuk mendapatkan baja ini melalui pesanan kerajaan atau "L.O", anda boleh menghubungi kami :


Cik Nurhidayah,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd.
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095

Tuesday, October 25, 2011

Membekal Baja Mas Hitam ke Kebun Kelapa Sawit En. Yunus.















Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengunjung laman sesawang kami. Mungkin terdapat ramai pengguna yang masih tertanya - tanya apakah yang Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. ini boleh berikan selain dari penjualan produk baja dan produk pertanian berasaskan teknologi e.m.

Syarikat Sarjani turut memberikan perkhidmatan nasihat dan tunjuk ajar berkaitan dengan teknik pembajaan kepada para pelanggan kami. Kami juga memberikan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang berpatutan dan ianya percuma di sekitar kawasan Batu Pahat.

Pemilik kebun ini En. Yunus merupakan salah seorang pelanggan utama kami. Seorang yang sangat mementingkan kualiti baja dan impak terhadap kebun kelapa sawit beliau. Baja akan ditabur di pangkal pokok sawit dalam kuantiti 3 - 5 kg bergantung kepada saiz pokok tersebut.

Kenapa perlu jumlah sebegitu? ape yang boleh kami syorkan adalah kerana kesan baja tersebut kepada buah sawit ialah buah menjadi lebih berat kerana banyak minyak, pokok lebih subur, tanah lebih lembap dan hasil yang konsisten sepanjang tahun.

Sekiranya pengguna berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut sila hubungi :

Cik Nurhidayah,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd.
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095

Lawatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (Jab. Landskap) ke Projek Industri Sarjani.





















Pada 13.10.2011 yang lalu, sebuah rombongan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru telah melawat ke Projek Industri Sarjani. Rombongan yang terdiri dari Unit Jabatan Landskap telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Landskap sendiri, Pn. Shima bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana baja organik ini dihasilkan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada Syarikat Sarjani sendiri berkenaan dengan aplikasi penggunaan baja organik terhadap tanaman landskap. Sebelum ini, Majlis Perbandaran Batu Pahat pernah melawat ke Projek Industri Sarjani untuk mendapatkan gambaran dan maklumat lanjut berkaitan penggunaan baja organik.

Kemudian, lawatan tidak rasmi dari Yang Berhormat Datuk Amat Zahri Bin Jamil, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor. Beliau sendiri turun ke padang bagi meninjau projek baja organik ini bersama Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Yuran penyertaan bagi tujuan lawatan ini RM15.00 seorang, setiap peserta akan mendapat taklimat lanjut di bilik seminar, dibawa melawat sekitar kilang baja, meninjau ternakan kambing, ternakan arnab, ternakan ikan tawar dan tanaman jangka pendek seperti sayuran.

Demo penggunaan baja organik terhadap tanaman juga dilakukan untuk memberi gambaran sebenar penggunaan baja organik secara 100% terhadap tanaman landskap. Produk seperti E.Mas5 atau racun organik juga dipromosikan agar sebarang masalah serangan penyakit seperti serangga, bena (putih-putih), kulat dan pathogen dapat dihindari.

Sebarang lawatan daripada Jabatan Kerajaan atau Agensi Swasta yang berminat untuk melawat ke Projek Industri Sarjani boleh berhubung terus kepada kami.

Pengurus,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd. 
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095