PRODUK-PRODUK


Produk terbaru 2016 keluaran Sarjani M Sdn. Bhd: 
TANAH ORGANIK: RM 5.00 (5 KG)
TANAH ORGANIK: RM 35.00 (40 KG)

Tanah Organik Mas Hitam 5 dalam 1 dimana ianya sangat bagus untuk semaian pelbagai jenis tumbuhan. Didalamnya terdapat 5 elemen yang berlainan iaitu:
- Tanah Top Soil Gred AAA yang sangat bagus dan terbaik untuk semaian bunga, buah, sayur dan lain2
- Sekam bakar
- Sabut kelapa halus
- Baja Mas Hitam
- Teknologi E.M (Effective Microb)/ mikrob baik



Bermula Tahun 2017. Produk Baja Organik Mas Hitam berjaya menembusi pasaran utara, pantai timur, selangor dan kuala lumpur tanah air. Maka harga bagi sebelah utara, pantai timur, selangor dan kuala lumpur adalah seperti berikut:

BAJA ORGANIK MAS HITAM 25 KG (SERBUK): RM 65.00 
BAJA ORGANIK MAS HITAM 25 KG (PALET): RM 75.00

Ini adalah disebabkan pihak syarikat kami yang berpusat di selatan tanah air terpaksa menanggung kos penghantaran yang tinggi tetapi harga di selatan tanah air adalah seperti yang berikut:


BAJA ORGANIK MAS HITAM 25 KG (SERBUK): RM 45.00 
BAJA ORGANIK MAS HITAM 25 KG (PALET): RM 55.00




Pembungkusan sekitar tahun 2010


Pembungkusan 25KG 


Baja Organik Mas Hitam E.M sangat sesuai digunakan bagi tanaman kontan sehinggalah ke tanaman bermusim seperti buah - buahan, sayur - sayuran dan pokok bunga. Menggunakan bahan tanpa kimia dan tidak berbau busuk ramai pengguna baja ini telah memberikan pelbagai reaksi yang positif.

Walaupun kemampuan sesetengah baja organik telah dipertikaikan, namun bagi mengguna yang pencinta alam, baja ini masih menjadi buruan kerana hasilnya yang konsisten. Baja kimia atau jenis butiran tidak boleh dipertikaikan kebaikannya kerana cepat bertindak balas terhadap tanaman, namun kesan baja tersebut kepada tanah sangat membimbangkan.

Tanah boleh menjadi kering dan tandus, ketiadaan humus atau nutrien semula jadi, tiada mikro organisma baik, tiada cacing dan tanah menjadi padat. Oleh itu, penggunaan baja organik adalah digalakkan bagi memulihkan tanah dan keadaan pokok, tidak kira lah pokok sawit, getah, buah - buahan atau sayuran.
Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut sila hubungi Nurhidayah binti Sarjani (Pentadbiran) = 016-7119837. Syarikat Sarjani Enterprise sedia membekalkan baja dengan harga yang berpatutan bergantung kepada kuantiti.


 Kini dengan bungkusan baharu tahun 2011.


 Baja Organik Mas Hitam 25KG


Baja Organik Mas Hitam 25KG Jenis Serbuk/Pellet

Keistimewaan : Berkesan terhadap semua jenis tanaman yang terdiri dari tanaman jangka pendek, tanaman sayuran, buahan, bunga - bungaan, landskap, tanaman jangka panjang seperti kelapa sawit, getah, dan lain - lain.






E-Mas 5 - Racun Organik Serangga


Semburan Botol = RM15.00
0.5 Liter = RM35.00 (Pati)
5.0 Liter = RM250.00 (Pati)

Keistimewaan: Bertindak mengawal tanaman daripada terkena serangan penyakit seperti kulat, serangan kutu, beenah putih, kurap pokok dan serangan serangga perosak. Diperbuat daripada ektrak cili, bawang putih dan lain-lain mampu untuk menangkis semua serangan tersebut.

Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.



(Pembungkusan dan Perlabelan Tahun 2010)


  (Kini dengan Pembungkusan dan Perlabelan baharu tahun 2012)






Baja E-Mas Cecair - Semburan Terus ke Pokok dan akar


Semburan Botol = RM15.00
0.5 Liter = RM35.00 (Pati)
5.0 Liter = RM220.00 (Pati)


Keistimewaan: Tanaman jenis cerewet yang memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan NPK yang tinggi. Contoh tanaman seperti sayuran, ros, jenis pokok herba, pokok hutan dan perhiasan jenis bonzai.



Semburan E-Mas Environment Clean


Semburan Botol = RM15.00
1 Liter = RM15.00 (Pati)
5 Liter = RM 65.00 (Pati)


Keistimewaan: Semburan seperti Febreze untuk menghilangkan bau busuk, tengik dan sebagainya. Namun bezanya ialah semburan ini organik 100% menggunakan teknologi e.m. Tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap manusia khususnya kanak-kanak.

Digunakan untuk ternakan peliharaan seperti arnab, tahinya, ayam, anjing, kucing, karpet, kasut, selimut, cadar, langsir dan sebagainya.






Baja Organik Mas Hitam - Jenis Palet/Butir (0.8KG)

Harga = RM13.00


Keistimewaan: Khusus terhadapa tanaman jenis landskap yang memerlukan teknik pembajaan "Slow Release". Jenis tanaman yang sesuai ialah jenis dedaun, orkid, buahan jangka panjang dan rumput golf. Mudah ditabur dan tdak berbau.


Baja Organik Mas Hitam - Jenis Serbuk (0.8KG)

Harga = RM10.00

Keistimewaan : Sesuai untuk semua jenis tanaman yang perlu cepat bertindak balas. Jenis tanaman seperti cili, sayuran, bunga-bunga dan buahan. Tidak melekit dan berbau, sesuai digunakan didalam dan diliuar rumah atau pejabat.

Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.







EM.1 (Original) keluaran Jamof kini boleh didapati di Kedai Sarjani Agro Shop.

Berat = 1KG/1 Liter
 Harga = RM35.00

 Keistimewaan: Sesuai digunakan untuk semua jenis projek agro pertanian, penternakan, perladangan, alam sekitar, kawalan pencemaran, merawat kaeasidan tanah, meneutralkan air, menghilangkan keladak atau lumpur.

Maklumat Tambahan: Produk ini perlu dibancuh terlebih dahulu bersama molases untuk mengaktifkan mikrob baik tersebut.

Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut sila hubungi kami : Cik Nurhidayah 016-7116837

Effective Microorganisms™

Our new EM•1® Microbial Inoculant labels are here! Look for it in retail stores near you and online.

EM•1® is a liquid bacterial product made of three groups of bacteria: Yeast, Photosythetic Bacteria, and Lactic Acid Bacteria. EM•1® works together with beneficial microbes in the area to which it is added, creating a synergy among microorganisms and larger forms of life including insects and worms, pets and livestock, and people. All products using EM Technology® contain EM•1® in some part of their manufacturing process: EM•1®, PRO EM•1®, Dr. Don's®, EM® Ceramics, EM•1® Bokashi, etc.

EM Technology® was developed by Professor Dr. Teruo Higa while he was a professor of horticulture at the College of Agriculture, University of the Ryukyus in Okinawa, Japan. Until he became ill from his use of chemicals before he turned 30,  Dr. Higa was a proponent of conventional agriculture and worked on the development of synthetic agricultural products. Having grown up farming, he knew that farmers were quickly left at the mercy of the chemical companies that supplied them with ever-increasing expensive inputs. He decided to find a natural method through the use of   beneficial microorganisms that would help relieve the farmers of their chemical dependencies.

Around this time, during the mid-late 1960’s, microorganisms were being studied around the world for various applications. Most of that research was being done on single strains of microbes using single inoculations. Dr. Higa decided to study combined cultures first to find which ones would co-exist. He used only non-pathogenic, facultative microbes for his experiments. A mixture he had thrown on a patch of grass before leaving for a school vacation was eventually to become what we know as EM•1®. Upon returning from his vacation he noticed the area where he had thrown the “waste” product had grown considerably. He reviewed his notes and re-mixed his concoction. Through years of experimentation he discovered the right combination of microbes and named the combination “EM”, an acronym for “Effective Microorganisms™”. Dr. Higa started his development of EM•1® in 1968. His work pioneered the use of multiple strains of microbes in one culture as well as the use of multiple applications. The first batch on the market under the trade name “EM®” was sold in Japan in 1982. Use quickly spread through Eastern Asia, but was slow to grow in its home country, Japan. In 1992, EM Technologies, Inc. began manufacturing to EM•1® in Tucson, Arizona.

By observing the activity of the Effective Microorganisms™ cultures, Dr. Higa developed what is now known as the EM Philosophy:  to develop a sustainable society based on co-existence and co-prosperity, exchange of information, safety, convenience, low cost, and high quality.  Some years back, Dr. Higa coined the term "syntropy" to describe this phenomenon.

Developments continue as experimentation with Effective Microorganisms™ are conducted by EM Research Organization, APNAN, and several other entities that are licensed by EM Research Organization to sell Effective Microorganisms™ products around the world.

SOURCES TAKEN FROM : http://www.emamerica.com/index.php?option=com_content&task=view&id=80&Itemid=1

EM1 BENEFIT:

    * High quality, consistent product.
    * Easy to brew/increase populations (Activation)
    * Can be brewed on site or shipped ready-to-use
    * Easy to apply
    * Contains large populations of facultative microbes, enzymes, trace minerals, vitamins, and  organic acids
    * Long shelf Life (about 1 year with the EM1 and 30+ days on the Activated product)
    * Multiple uses beyond horticulture (inoculate compost, odor control, improves water clarity in irrigation ponds, etc)

TERDAPAT BANYAK KEBAIKKAN BILA MENGGUNAKAN EM.1 INI.. SELAIN DARI PRODUK EM.1 KAMI JUGA MENJUAL MIKROB DARI KOREA, MALAYSIA DAN LAIN-LAIN.



1 Liter = RM 50

Produk B.M.O merupakan produk mikrob baik keluaran Koperasi Institut Pertanian Ayer Hitam Johor. Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah stokis agen yang dilantik untuk menjual produk mikrob buatan tempatan ini. Sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi:

Cik Nurhidayah,
Pejabat Sarjani Sdn. Bhd.
PW 29 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan,
Batu Pahat, Johor.
No Tel  : 07-4850094
No Fax :  07-4850095

APA ITU BMO ( BENEFICIAL MICROORGANISM)

BMO adalah campuran mikroorganisma berfaedah terdiri daripada bakteria fotosintetik, bakteria laktik asid, yis, aktinomaiset dan fungi penapaian. BMO digunakan sebagai inokulan utuk menambah kepelbagaian mikrob dalam tanah. Ini akan memperbaiki kualiti tanah dan suasana sihat yang akan menggalak pertumbuhan hasil dan kualiti tanaman. Mikrob ini boleh hidup bersama dan serasi fisiologi antara satu sama lain. Apabila BMO ini di gunakan dipersekitaran semulajadi, kesan baik individu dalam campuran ini di tambah nilai dalam bentuk saling membantu. BMO berfungsi sebagai kaedah kawalan biologi dalam menekan kehidupan mikrob jahat dengan aktiviti daya saing dan berlawan.

1. BAKTERIA FOTOSINTETIK (BF)

Sejenis mikrob yang boleh berdiri sendiri. Mikrob ini boleh menghasilkan bahan berfaedah dari lelehan akar, bahan organan dan gas berbahaya seperti hidrogen sulfida dan ammonia dengan menggunakan cahaya matahari dan haba dalam tanah sebagai sumber tenaga. Bahan berfaedah yang dihasilkan terdiri dari asid amino, asid nukleik, bahan bioaktif dan gula yang mana semuanya menggalakkan pertumbunan tanaman.

Metabolik ini diserap terus oleh tanaman dan bertindak sebagai substrat bagi menambah bilangan bakteria lain. Contonya vesicular arbuscular (VA) mycorrhiza membiak kerana kewujudan asid amino yang dihasilkan oleh BF. VA mycorrhiza menolong kelarutan fosfat dalam tanah lantas membekalkan fosfat kepada tanaman. VA mycorrhiza wujud bersama Azotobactor boleh mengikat nitrogen dari udara untuk pertumbuhan pokok.

2. BAKTERIA ASID LAKTIK (BLA)

Bakteria ini menghasilkan asik laktik daripada gula yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik dan yis. Asid laktik adalah sterilizer yang kuat. Ia menekan mikrob jahat dan mempercepatkan pereputan bahan organan seperti lignin dan selulos dan menapai bahan-bahan tersebut. BLA berupaya menahan pembiakan fusarium yang mengancam penanaman akan datang. Pembiakan fusarium menggalakkan pembiakan nematod jahat. Dengan kehadiran BLA boleh mengurangkan populasi fusarium sekaligus mengurangkan bilangan nematod jahat.

3. YIS

Yis menghasilkan bahan antimikrob jahat dan bahan berguna untuk pertumbuhan pokok dari asid amino dan gula yang dihasilkan oleh BF, dari bahan organan dan akar tanaman. Bahan bioaktif seperti hormon dan enzim yang dihasilkan oleh yis menggalakkan pembahagian sel dan akar. Lelehan yang dihasilkan oleh yis adalah sumber nutrien bagi BLA dan aktinomaisit.

4. AKTINOMAISIT (A)

Aktinomaisit adalah struktur pertengahan antara bakteria dan fungi. Ia menghasilkan antimikrob yang menekan bakteria dan fungi jahat. Aktinomaisit boleh hidup bersama dengan BF dan ini akan mewujudkan suasana sihat dalam tanah.

5. FUNGI PENAPAIAN (FP)

FP seperti aspergillus dan penicillium yang bertindak mereputkan bahan organan dengan cepat menghasilkan alkohol, ester dan bahan antimikrob jahat. Ia akan menghilangkan bau busuk dan mencegah serangan serangga dan ulat.

Setiap spesies BMO mempunyai peranan masing-masing. Walau bagaimanapun BF adalah penghulu bagi mikrob lain. Pencairan BMO akan mengurangkan kesan keseluruhan BMO.

PERTANIAN UNGGUL
  1. Menghasilkan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.
  2. Memberi faedah ekonomi dan sosial kepada pengeluar dan pengguna.
  3. Mudah dipraktik dan penggunaan berterusan oleh semua pihak.
  4. Menghasilkan produk berkualiti dan cukup untuk penduduk dunia yang semakin bertambah.



BAGAIMANA NAK CAPAI MATLAMAT PERTANIAN UNGGUL?
Pertanian Organik + BMO -----> PERTANIAN UNGGUL

BAGAIMANA BMO menyumbang kepada Pertanian Unggul.


Pertanian (fotosintesis)
cahaya

6CO2 + 6H2O -------------> C6H12O6 + 302


  • Dalam keadaan biasa purata cahaya matahari dapat diserap 3%.

  • Dengan bantuan bakteria fotosintetik cahaya bergelombang 700-1200 nm, sebanyak 3% lagi cahaya dapat dimanfaatkan oleh tanaman.
  • Mikroorganisma berfaedah yang menguraikan bahan-bahan organan dan menghasilkan bahan pemakanan untuk tumbuhan seperti asid amino yang menyihatkan lagi tanaman tersebut.
  • Dengan pertambahan penggunaan tenaga solar dan kecekapan penguraian bahan organan dapat meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
  • BMO memperbaiki keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • BMO menekan pembiakan mikroorganisma jahat dalam tanah lantas mewujudkan persekitaran yang sihat untuk tanaman dan ternakan.
  • BMO menambah ketahanan tumbuhan dan ternakan dari serangan penyakit.
  • BMO menggalakkan pertunasan, pembesaran, pembungaan, keranuman dan penghasilan tanaman.
  • BMO berkeupayaan menukarkan gas beracun seperti ammonia dan hidrogen sulfida kepada gas tersedia di udara.
  • BMO boleh merawat sisa buangan menjadi baja organik dan menghilangkan bau busuk.

ADAKAH BMO SELAMAT?

  • YA, BMO SELAMAT
  • DI SAHKAN OLEH MAKMAL VETERINAR KAWASAN PETALING JAYA
  •  
  •  
  • Maklumat diatas diambil dari : http://pertanianunggul.blogspot.com/





Bokashi (dikenali juga dengan panggilan bokashi sampah)

Berat = 800gram
Harga = RM7.00

Keistimewaan : Agen untuk menukar sampah dapur atau tinja haiwan peliharaan menjadi baja organik. Sekiranya amda seorang pengguna yang ingin membuat baja organik sendiri daripada sisa dapur atau sisa tinja/najis haiwan peliharaan seperti arnab, ayam, burung atau hamster kepada baja organik yang tidak berbau busuk dan selamat digunakan. Mengandungi mikrob baik yang bertindak menukar mikrob yang jahat menjadi mikrib baik dan boleh digunakan untuk baja di pokok hiasan atau sayuran.



Dedak Ikan Halus (untuk benih ikan/anak ikan)

Berat = 1KG
Harga = RM6.00

Keistimewaan : Sesuai dimakan oleh semua jenis benih ikan seperti ikan tilapia, puyu, keli dan lain-lain ikan air tawar. Tahan lama untuk terapung diatas air.
Sebarang Pertanyaan dan Tempahan :





Dedak Ikan Besar (untuk ikan dewasa)


Berat = 1KG
Harga = RM6.00


Keistimewaan : Sesuai dimakan oleh semua jenis benih ikan seperti ikan tilapia, puyu, keli dan lain-lain ikan air tawar. Tahan lama untuk terapung diatas air.





1 Biji: RM 2.50

1 Peket ( 10 Biji ) RM 22.50

KEBAIKAN MUDBALL KEPADA AIR...


- MUDBALL BERTINDAK SEBAGAI AGEN MENEUTRALKAN AIR

- MENJERNIHKAN AIR YANG KERUH (KELADAK AKAN DITARIK KEDASAR DAN AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT AKIBAT PERANAN BAKTERIA)

- MENGHILANGKAN BAU BUSUK AIR PARIT, KOLAM, KOLAM IKAN KANVAS, DAN SIMEN SERTA KOLAM KUMBAHAN NAJIS DI RUMAH (SUBTANK)

- BAKTERIA BAIK YANG TERDAPAT DIDALAM MUDBALL AKAN BERADA LEBIH LAMA DAN LEBIH AKTIF BERBANDING PENGGUNAAN E.M JENIS CECAIR.

- PENGURAIAN SISA KUMUHAN IKAN DAN SISA MAKANAN IKAN.

- MENGGUNAKAN CARA SEMULAJADI DALAM PROSES RAWATAN AIR.

- DIGUNAKAN SECARA MELUAS DIKAWASAN SEBELAH SELATAN (JOHOR, MELAKA, N.SEMBILAN, SEREMBAN) UNTUK TUJUAN PERTANIAN DAN PERIKANAN.
.

 Dedak Arnab (makanan untuk semua jenis arnab)

Berat = 1KG
Harga = RM3.00



Sabut Kelapa Jenis Halus/Tepung

Berat = 500gram
Harga = RM2.00 (3 Peket RM5.00)




Serkam Bakar Jenis Halus / Tepung

Berat = 800 gram
Harga = RM 5.00



Sebarang Pertanyaan dan Tempahan :
Sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837

No Tel  = 07-4850094
No Fax  = 07-4850095